MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ketua Menteri: 18. Soalan ini dijawab bersama soalan-soalan berikut : Soalan No. 8 Y.B. Ahli Kawasan Teluk Ayer Tawar Soalan No. 19 Y.B. Ahli Kawasan Datok Keramat Soalan No. 54 Y.B. Ahli Kawasan Sungai Dua Soalan No. 65 Y.B. Ahli Kawasan Seberang Jaya Seramai 7,993 orang pekerja (7,077 pekerja tempatan dan 916 pekerja asing) dari berbagai sektor perindustrian telah diberhentikan kerja dalam tempoh dari bulan Jun 1997 hingga 15 Mei 1998 Jumlah bilangan pekerja yang telah diberhenti kerja sejak 6 bulan terakhir ini (dari Nov. 1997 sehingga April 1998) ialah 4,232 orang dan angka-angka mengikut sektor adalah seperti berikut : Sektor Bilangan Pekerja Diberhentikan Jumlah Tempatan Asing Pembuatan/Perkilangan 3,476 533 4,009 Perkhidmatan 128 0 128 Perumahan 94 1 95 Bilangan kilang yang telah ditutup bagi tutup 1996 ialah 11 dan bilangan pekerja yang diberhentikan berjumlah 3,176. Bagi tahun 1997 seramai 4,123 pekerja telah diberhentikan akibat penutupan 10 buah kilang. Berikutan krisis ekonomi yang sedang melanda negara ini iaitu bagi tempoh dari bulan Julai 1997 hingga 15 Mei 1998, sebanyak 17 buah kilang telah menutup operasi dan seramai 3,802 orang pekerja (3,523 pekerja tempatan dan 279 pekerja asing) telah kehilangan pekerjaan (diberhentikan). Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pekerja-pekerja tersebut mendapat pekerjaan baru adalah seperti berikut : (i) Mengwujudkan Unit Job Link bagi tujuan memudahkan penyelarasan tugas-tugas di kalangan pelbagai jabatan berkaitan di dalam menangani isu mengenai pemberhentian pekerja iaitu Jabatan Buruh, Jabatan Tenaga Rakyat, Jabatan Imigresen dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Unit ini bertindak sebagai sebuah agensi mendaftar pekerja-pekerja yang diberhentikan dan membekalkan mereka kepada kilang-kilang yang memerlukan pekerja. (ii) Di peringkat Jabatan Tenaga Rakyat juga, khidmat kaunseling kerjaya diberikan kepada pencari-pencari kerja yang memerlukan kaunseling; dan (iii) Kerajaan Negeri menyokong perlaksanaan Skim Latihan Pekerja yang diberhentikan kerja oleh Majlis Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Skim ini membolehkan mereka yang telah diberhentikan kerja mengikuti latihan bagi meningkatkan kemahiran bersesuaian dengan keperluan jawatan baru yang akan disandang oleh mereka. Mengenai kadar pengangguran bagi Negeri Pulau Pinang, maklumat yang diperolehi ialah kadar pengangguran bagi Negeri Pulau Pinang pada tahun 1997 adalah 1.1 peratus.
Dun -
Exco DATO DR KANG CHIN SENG
Perkara Perindustrian (Perusahaan)

Jawapan

19. Soalan ini dijawab bersama soalan-soalan berikut:-

Soalan No. 8 Y.B. Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar
Soalan No. 18 Y.B. Ahli Kawasan Air Itam
Soalan No. 54 Y.B. Ahli Kawasan Sungai Dua
Soalan No. 65 Y.B. Ahli Kawasan Seberang Jaya

Seramai 7,993 orang pekeraja (7,077 pekerja tempatan dan 916 pekerja asing) dari berbagai sektor perindustrian telah diberhentikan kerja dalam tempoh dari bulan Jun 1997 hingga 15 Mei 1998.

Jumlah bilangan pekerja yang telah diberhenti kerja sejak 6 bulan terakhir ini (dari Nov. 1997 sehingga April 1998) ialah 4,232 orang dan angka-angka mengikut sektor adalah seperti berikut:



Sektor Bilangan Pekerja Diberhentikan
Tempatan Asing Jumlah
Pembuatan/ 3,476 533 4,009
Perkilangan

Perkhidmatan 128 0 128

Perumahan 94 1 95

Bilangan kilang yang telah ditutup bagi tahun 1996 ialah 11 dan bilangan pekerja yang diberhentikan berjumlah 3,176. Bagi tahun 1997 seramai 4,123 pekerja telah diberhentikan akibat penutupan 10 buah kilang. Berikutan krisis ekonomi yang sedang melanda negara ini iaitu bagi tempoh dari bulan Julai 1997 hingga 15 Mei 1998, sebanyak 17 buah kilang telah menutup operasi dan seramai 3,802 orang pekerja (3,523 pekerja tempatan dan 279 pekerja asing) telah kehilangan pekerjaan (diberhentikan).

Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pekerja-pekerja tersebut mendapat pekerjaan baru adalah seperti berikut:-




(i) Mengwujudkan Unit Job Link bagi tujuan memudahkan penyelarasan tugas-tugas
di kalangan pelbagai jabatan berkaitan di dalam menangani isu mengenai pemberhentian pekerja iaitu Jabatan Buruh, Jabatan Tenaga Rakyat, Jabatan Imigresen dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Unit ini bertindak sebagai sebuah agensi mendaftar pekerja-pekerja yang diberhentikan dan membekalkan mereka kepada kilang-kilang yang memerlukan pekerja.

(ii) Di peringkat Jabatan Tenaga Rakyat juga, khidmat kaunseling kerjaya diberikan kepada pencari-pencari kerja yang memerlukan kaunseling; dan

(iii) Kerajaan Negeri menyokong perlaksanaan Skim Latihan Pekerja yang diberhentikan kerja oleh Majlis Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Skim ini membolehkan mereka yang telah diberhentikan kerja mengikuti latihan bagi meningkatkan kemahiran bersesuaian dengan keperluan jawatan baru yang akan disandang oleh mereka.

Mengenai kadar pengangguran bagi Negeri Pulau Pinang, maklumat yang diperolehi ialah kadar pengangguran bagi Negeri Pulau Pinang, maklumat yang diperolehi ialah kadar pengangguran bagi Negeri Pulau Pinang pada tahun 1997 adalah 1.1. peratus.

Kembali