Jawapan
Ketua Menteri:
21. (a) Selain daripada mengendalikan kesemua loji rawatan telah diambilalih, IWK ketika ini sedang menjalankan projek-projek berikut di Pulau Pinang.
- Membina loji rawatan kumbahan di Jelutong
- Membina loji rawatan kumbahan Bayan Baru
- Mengalih paip pembetungan di Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang
- Melaksanakan Skim Pembetungan Utama Georgetown
(b) Jika terdapat aduan-aduan kesilapan dalam bil pembetungan pihak IWK difahamkan akan mengkaji bil-bil itu satu persatu dan membetulkannya di mana perlu. Orang ramai boleh menelefon talian freephone 1-800-88-3495 untuk mendapat sebarang maklumat mengenai bil pembetungan mereka.
(c) Caj pembetungan bagi pelanggan domestik tidak dikira mengikut nilai kediaman masing-masing tetapi dikenakan mengikut kategori rumah serta jenis sistem pembetungan yang digunapakai. Selepas Kajian Semula Perkhidmatan Sistem Pembetungan pada 1 Januari 1997, kadar baru pembetungan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat untuk pengguna-pengguna domestik adalah kadar tetap seperti berikut:-