Jawapan
Ketua Menteri:
2. Kedai-kedai Tuak Kerajaan telah diujudkan dibawah Seksyen 3(a) Excise 'Control of Toddy and Toddy Shops' Regulations 1977 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kedai-kedai tuak ini diwujudkan di atas budibicara Kerajaan Negeri setelah mengambilkira faktor-faktor tertentu, diantaranya termasuklah corak penduduk negeri Pulau Pinang yang berbilang kaum serta keperluan kaum-kaum yang terlibat dan sebagainya.