Jawapan
Ketua Menteri:
3. Terdapat 11 buah kedai tuak kerajaan di negeri ini, iaitu 4 buah di Pulau Pinang dan sebanyak 7 buah di Seberang Perai. Dari 11 buah kedai tersebut, terdapat 6 premis kedai yang boleh dikatakan berada dalam keadaan tidak memuaskan. Keadaan premis-premis ini sememangnya telah usang dan memerlukan kerja-kerja pembaikan. Pihak JKR sedang menimbang permohonan untuk membaikpulih premis-premis berkenaan, bagaimanapun ianya bergantung kepada keutamaan dan keupayaan kewangan kerajaan negeri.