MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Sungai Puyu (Encik Loo Ah Dee) bertanya kepada Ketua Menteri: 6. Adakah projek pasar awam di Jalan Ong Yi How, Butterworth (lot 977, 1067, 1068, 1069, 439 Mukim 14) dibina oleh pihak swasta? Jika ya, apakah jenis pasar awam tersebut? Nyatakan keluasan bilangan tingkat bangunan pasar berkenaan dan berapakah gerai yang akan dibina?
Dun -
Exco DATO' DR. HILMI BIN HJ. YAHAYA
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan

DATO' DR. HILMI BIN HJ. YAHAYA

6. Pada peringkat perancangan tatasusunan, sebuah pusat penjaja dan pasar telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 27 Mac, 1998 yang akan dibina oleh Syarikat CCH Development Sdn. Bhd. Bangunan pusat penjaja dan pasar adalah berbentuk 2 tingkat. Keluasannya adalah 120’ -0” x 388’ -0” dan mengandungi 196 unit penjaja pasar di tingkat bawah dan 182 unit gerai makan di tingkat atas.

Kembali