Jawapan
DATO' HJ.ABDUL RASHID BIN ABDULLAH:
13. Sebagian besar kawasan Jalan Makloom masih belum dibangunkan semula dan jalan dan parit tersebut itu masih belum diisytiharkan jalan awam kecuali sebahagian jalan di hadapan Rumah Pangsa Nusantara. Mengikut peraturan yang sedia ada, bahagian jalan Makloom yang belum diisytiharkan jalan awam tidak dapat diselenggarakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Walau bagaimanapun, MPPP mempunyai peruntukan kewangan untuk membaiki parit-parit kampung di sana di bawah skim peningkatan kampung.
Oleh kerana kawasan Jalan Makloom dibangunkan secara berperingkat, jalan dan saliran akan dibina oleh pemaju yang berkenaan dan diserahkan kepada MPPP untuk penyenggaraan.