Jawapan
Dato Dr Hilmi Yahaya
28. Masalah lalulintas di Jalan Pa Boi menuju ke Sungai Bakap masih lagi terkawal dan tidak membimbangkan. Walau bagaimanapun terdapat sedikit masalah lalulintas di Jalan Pa Boi menuju ke Jalan Bukit Tambun. Keadaan jalan yang sempit dan melalui lencongan yang tajam di bawah jejantas sediada telah menyebabkan masalah kepada kenderaan yang besar yang ingin menggunakan jalan ini menuju ke arah Jalan Bukit Tambun. Sehubungan dengan itu, pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah merancang melebarkan jejantas dan Jalan Bukit Tambun kepada empat lorong. Pelebaran ini juga akan melibatkan persimpangan Jalan Pa Boi dan Jalan Bukit Tambun dinaikkan taraf sesuai dengan keadaan lalulintas yang bertambah dan kerja-kerja pelebaran sebahagian jalan sedang giat dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, cadangan memperbaiki lalulintas di persimpangan Pa Boi menghala ke jalan besar utama ke Sungai Bakap telah dimasukkan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ketujuh. Butir-butir lanjut tentang projek ini belum disediakan dan hanya dapat disediakan selepas kerja-kerja ukur dijalankan dan kelulusan peruntukan diberi.