MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Batu Lancang (Puan Chong Eng) bertanya kepada Ketua Menteri: 39. Apakah unit ukuran air yang digunakan oleh PBA untuk mengira bayaran konsumer sekarang? Adakah benar unit ukuran yang digunakan pada awalan 80an ialah gallon dan kemudian ditukar kepada litre? Jika ya, apakah kadar bayar seunit segallon dan selitre masing-masing?
Dun -
Exco DATO' HJ. ABDUL RASHID BIN ABDULLAH
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan


DATO' HJ. ABDUL RASHID BIN ABDULLAH

39. Unit ukuran air yang digunakan oleh PBA sekarang untuk mengira bayaran konsumer ialah liter.

Unit ukuran sebelum April 1981 ialah gelen dan selepas tarikh ini ditukar kepada liter.

Kadar bayaran sekarang iaitu kadar pada kiraan liter dan gelen kegunaan adalah disertakan di berikut:-

PIHAK BERKUASA AIR PULAU PINANG
TARIF AIR SEKARANG

(A) KADAR BAYARAN RUMAHTANGGA

(a) Rumahtangga - Individu

setiap 1,000 liter Setiap 1,000 gelen (RM) (RM)

(i) Bagi 20,000 liter (4,400 gelen)
yang pertama 0.22 1.00

(ii) Lebih daripada 20,000 liter
(4,400 gelen) tetapi tidak melebihi
60,000 liter (13,200 gelen) 0.42 1.91

(iii) Lebih daripada 60,000 liter 0.70 3.18
(13,200 gelen)

(iv) Bayaran minima: RM 2.50 sebulan

(b) Rumahtangga - Pukal

(i) Bagi 90,000 liter (19,800 gelen)
yang pertama atau sebahagian
daripadanya (bayaran minima):
RM 26.00 sebulan

(ii) Lebih daripada 90,000 liter
(19,800 gelen) 0.35 1.59



(B) KADAR BAYARAN PERNIAGAAN

(a) Perniagaan Biasa

(i) Bagi 20,000 liter (4,400) yang
pertama 0.52 2.36

(ii) Lebih daripada 20,000 liter
(4,400) gelen 0.70 3.18

(b) Perniagaan Khas

Bekalan bagi kontraktor,
Pembuatan Ais
dan Air Galian dan
Pengkalan Sampan 0.90 4.09

(c) Perniagaan Perkapalan 1.50 6.82

(d) Bayaran Minima bagi semua perniagaan: RM 10.00 sebulan



Kembali