MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Seberang Jaya (Dato’ Abdul Latiff bin Mirasa) bertanya kepada Ketua Menteri: 5. Bagaimanakah sistem lalu lintas di Butterworth-Kulim Ekspresway (BKE) pada masa akan datang setelah projek laluan yang sedang dilaksanakan iaitu “Viaduct” dan Jalan ke Kompleks PDC di kawasan Sembilang siap dibina? (i) Adakah sistem lampu isyarat yang sediaada akan dikekalkan? (ii) Adakah projek yang dilaksanakan ini akan memberikan kemudahan terutama kepada penduduk yang tinggal di kedua kawasan yang disempadani oleh Lebuhraya BKE?
Dun -
Exco DATO' DR.HILMI BIN HJ.YAHAYA
Perkara Pembangunan

Jawapan


DATO' DR.HILMI BIN HJ.YAHAYA

5. Apabila projek “Viaduct dan jalan ke Kompleks PDC” siap dibina, lalu lintas dari
Kulim ke Butterworth boleh memusing kanan terus dari Lebuhraya Butterworth - Kulim
ke Kompleks PDC di Kawasan Sembilang.

(i) Sistem lampu isyarat yang sediaada untuk U - Turn tidak akan dikekalkan kerana
ia akan ditutup apabila “viaduct” ini siap kelak. Lampu isyarat ini disediakan
untuk menangani masalah sementara menunggu penyiapan viaduct itu.

(ii) Pada hemat Kerajaan, projek ini akan memberi kemudahan kepada semua pihak sama
ada penduduk yang tinggal di kedua-dua kawasan ataupun pengguna lebuh raya
kerana ianya akan menyempurnakan sistem lalu lintas untuk kedua kawasan
yang disempadani oleh Lebuhraya Butterworth - Kulim Ekspresway. Sudah pastinya
penduduk kawasan berkenaan akan mendapat faedah yang optima. Ini adalah kerana
tanpa pembinaan “viaduct ”, kawasan Perumahan Sembilang akan terpisah dari kawasan
pembangunan Seberang Jaya keseluruhannya yang kemudiannya boleh menyebabkan timbul
banyak masalah kepada penduduk-penduduk di Kawasan Sembilang dari aspek
lalu lintas dan keselamatan mereka.


Kembali