Jawapan
Ketua Menteri:
50. Peruntukan membersih dan memperelokkan am bagi bagi tahun 1998 ialah RM4,470,000.00 bagi seluruh Seberang Perai.
Program Pengindahan Untuk Kawasan DUN Permatang Pasir.
Program pengindahan yang sedang dijalan adalah penanaman pokok dari pasar Penanti hingga ke sempadan daerah utara/tengah berjumlah RM169,950.00.
Cadangan landskap pula adalah di hadapan Taman Arowana dan Taman Samagagah berjumlah RM50,000.00.
MPSP dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Desa menyediakan kemudahan landskap dan senitaman di Ampang Jajar (Taman Bandar) berjumlah RM2.8 juta.
Penanaman pokok landskap pengindahan di sepanjang Jalan Permatang Pauh hingga Jalan Permatang Pasir berjumlah RM241,749.50.