MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Berapit (Y.B. Encik Lau Chiek Tuan) bertanya kepada Ketua Menteri: 17. Bilangan bas perpustakaan bergerak yang terdapat dalam Negeri Pulau Pinang. Sila berikan statistik mengikut daerah. (a) Sila nyatakan dengan jelas jadual waktu dan tempat perkhidmatan perpustakaan bergerak yang berfungsi di dalam Daerah Seberang Perai Tengah. (b) Apakah langkah promosi yang diambil oleh pihak pengurus perpustakaan bergerak demi mendapat sambutan baik daripada penduduk-penduduk. Terutama penduduk luar bandar.
Dun -
Exco Y.B. DATO' DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA
Perkara Pengangkutan Awam

Jawapan

Ketua Menteri:

17. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang mempunyai sebanyak sembilan (9) buah bas perpustakaan bergerak. Enam (6) buah untuk memberi perkhidmatan di kawasan Seberang Perai dan tiga (3) buah memberi perkhidmatan di kawasan pulau. Bilangan tempat-tempat perhentian dan perkhidmatan perpustakaan bergerak mengikut daerah adalah seperti berikut:-

Daerah Bilangan Tempat Perhentian

Seberang Perai Utara 63
Seberang Perai Tengah 50
Seberang Perai Selatan 24
Daerah Timur Laut 65
Daerah Barat Daya 26
___

JUMLAH 228
===

(a) Perpustakaan bergerak yang memberi perkhidmatan kepada pengguna di setiap tempat perhentian adalah sekali dalam tempoh dua minggu. Senarai tempat-tempat perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Daerah Seberang Perai Tengah adalah seperti di lampiran.

(b) Langkah-langkah bagi mempertingkatkan sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan perpustakaan bergerak terutama penduduk luar bandar adalah :-

(i) mengedarkan surat-surat hebahan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat setempat mengenai jadual waktu perkhidmatan perpustakaan bergerak di tempat mereka supaya maklumat disampaikan kepada penduduk.

(ii) mengedarkan risalah tentang perkhidmatan perpustakaan bergerak di tempat-tempat perhentian.

(iii) pemasangan sistem siaraya untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkhidmatan perpustakaan bergerak di luar bandar.

(iv) membuat hebahan melalui media massa tempatan tentang perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bergerak.

SENARAI TEMPAT PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK DI DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

1. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir
2. Kampung Kota Permatang Pasir.
3. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu.
4. Kampong Pertaman di Taman Mohd. Amin.
5. Taman Bagan Permatang Pauh.
6. Berdekatan Bangunan Tadika Perpaduan kampong Sungai Nyiur.
7. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda Penanti.
8. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Penanti.
9. Taman Penanti.
10. Taman Pauh Indah.
11. Taman Pelangi.
12. Berdekatan Sekolah Menengah Sama Gagah.
13. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Guar Perahu.
14. Taman Guar Perahu.
15. Kampong Mengkuang.
16. Kawasan Dewan Abdul Rahman, Alor Merah.
17. Rumah Pangsa Mak Mandin.
18. Jalan Mohd. Saad, Bagan Jermal.
19. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Tengah.
20. Berdekatan Kompleks Jabatan Veterinar.
21. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Tanah Liat.
22. Kawasan Dewan UMNO Tanah Liat.
23. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Machang Bubok.
24. Taman Jambu, Machang Bubok.
25. Taman Bukit, Bukit Mertajam.
26. Berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Stowell.



27. Berdekatan S.R.J.K. (T) Alma.
28. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Alma.
29. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai.
30. Taman Koa Permai, Sungai Rambai.
31. Berdekatan Surau Taman Kota Permai.
32. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Juara, Cheruk Tok Kun.
33. Berdekatan S.R.J. (C) Jit Sin Berapit.
34. Berdekatan Bharu, Berapit.
35. Berdekatan Mesjid Berapit.
37. Kampong Bukit Kechil, Juru.
38. Berdekatan Pusat Serenti, Bukit Mertajam.
39. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak.
40. Taman Alma Jaya.
41. Taman Sejahtera, Alma.
42. Taman Selamat, Alma.
43. Taman Kijang Alma.
44. Berdekatan S.R.J (C) Permatang Tinggi.
45. Taman Sukun.
46. Taman Markisa.
47. Kuala Mengkuang.
48. Mengkuang Titi.
49. Kampung Sama Gagah.
50. Perkampungan Berapit.

Kembali