MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Telok Air Tawar (Y.B. Puan Jahara bt. Hamid) bertanya kepada Ketua Menteri: 12. Berapakah jumlah badan-badan kebudayaan dan kesenian (bukan swasta) yang terdapat di Negeri Pulau Pinang? Sila senaraikan. Apakah bentuk sokongan dan bantuan yang diberi kepada mereka untuk meningkatkan aktiviti kebudayaan dan kesenian?
Dun -
Exco YB. DATO' KEE PHAIK CHEEN
Perkara Kebudayaan

Jawapan

Ketua Menteri:

12. Badan Kebudayaan dan Kesenian (bukan swasta) yang ada di Negeri Pulau Pinang berjumlah 21 buah yang terdiri daripada:

1. Majlis Silat Negeri Pulau Pinang
2. Persatuan Penulis Pulau Pinang
3. Anak Seni
4. Kumpulan Teater Warisan Anak Tanjung (WATAN)
5. Kumpulan Boria Wawasan
6. Temple of Fine Arts
7. Sokka Gakhai
8. Persatuan Bekas Murid-murid Phor Thay
9. Persatuan Tarian Desa
10. Persatuan Kebudayaan Tamil
11. Persatuan Penulis Tamil
12. Persatuan Chinggay
13. Persatuan Pelukis Cat Air
14. Penang Players Music and Drama Society


15. Persatuan Simfoni Pulau Pinang
16. Penang Arts Society
17. Modern Dance
18. Penang Culture Centre
19. Symphonic Band
20. Orkestra Huayue Negeri Pulau Pinang
21. Persatuan Wushu

Hanya badan-badan kebudayaan dan kesenian yang bernaung dibawah Majlis Kebudayaan Negeri sahaja yang dapat dikenalpasti. Sebagai sokongan dan bantuan untuk meningkatkan lagi aktiviti kebudayaan dan kesenian, setiap tahun Kerajaan Negeri mengeluarkan sejumlah peruntukan kepada Majlis Kebudayaan Negeri untuk diagihkan kepada badan-badan kebudayaan dan kesenian mengikut aktiviti masing-masing. Pada tahun ini peruntukan yang diberi kepada kebudayaan ialah sebanyak RM249,000 dan kesenian ialah sebanyak RM100,000. Di samping itu, badan-badan kebudayaan dan kesenian ini mendapat kemudahan untuk menggunakan tempat dan dewan milik Kerajaan Negeri, sama ada sewa tidak dikenakan atau dengan kadar yang minima.

Kembali