Jawapan
Ketua Menteri:
62. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah dan sedang melaksanakan program-program jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi masalah di atas. Program-program adalah seperti berikut:-
a) Fokus Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah bukan saja memberi fokus yang utama kepada menangani pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, bahkan semua mata pelajaran. Pihak JPN juga telah mengadakan perjumpaan dengan semua Pengetua dan Guru Besar di Pulau Pinang untuk memaklumkan perkara ini dan meminta pihak sekolah merancang program-program untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tahap rendah selain daripada tumpuan yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang.
b) Program Bimbingan Tahap Rendah (BITARA)
Program Bimbingan Pelajar Tahap Rendah (BITARA) dianjurkan oleh JPN pada tahun ini bertujuan mengurangkan bilangan/peratus pelajar-pelajar yang tidak mencapai tahap minima. Di dalam program ini guru-guru digalakkan berbincang membina contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk-tajuk yang sukar difahami oleh pelajar-pelajar tahap rendah untuk diguna semasa mengajar. Contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran ini dikongsi bersama di antara sekolah-sekolah.
c) Program Intervensi 3M
Salah satu punca kelemahan pelajar-pelajar sekolah rendah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dan mata pelajaran lain ialah tiada kemahiran membaca dengan berkesan. Oleh itu pelajar-pelajar Tahun 4 yang dikenalpasti lemah dalam penguasaan membaca pada tahun ini sedang menjalani Program Intervensi 3M selama 6 bulan. Dengan penguasaan bacaan yang baik pelajar-pelajar dapat mempelajari mata pelajaran lain dengan lebih mudah.
d) Program Celik Huruf
Sebagai program jangka panjang untuk membasmi masalah pelajar-pelajar tidak menguasai membaca dijalankan Program Celik Huruf bermula dari pelajar-pelajar Tahun 1.
e) Program Cerap, Bimbing dan Refleksi
Jabatan Pendidikan Negeri juga sedang memperkenalkan Program Cerap, Bimbingan dan Refleksi kepada beberapa buah sekolah. Dalam program ini guru-guru didedahkan dengan teknik membuat refleksi secara koloberatif terhadap pengajaran dan pembelajaran yang mereka laksanakan supaya pengajaran dan pembelajaran mereka terus dipertingkatkan untuk menangani pelajar-pelajar yang lemah.
f) Latihan Dalam Perkhidmatan Dengan Kerjasama Maktab-maktab Perguruan dan RECSAM
Jabatan Pendidikan Negeri dengan kerjasama Maktab-maktab Perguruan dan RECSAM telah, sedang dan akan terus menjalankan kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk guru-guru termasuk guru-guru bukan opsyen sains dan matematik (bagi sekolah rendah) dalam usaha mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
g) Pemantauan Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Panitia Mata Pelajaran
Pihak Unit Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri membuat lawatan ke sekolah-sekolah bagi memantau peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan Panitia Mata Pelajaran serta menerap pengajaran guru. Fokus perbincangan ialah mempertingkatkan prestasi pelajar-pelajar tahap rendah.
h) Program-program Khusus Untuk Matematik
i) Klinik Matematik - Mengenalpasti kelemahan pelajar dan memberi pemulihan
ii) Mesyuarat Ketua-ketua Panitia Matematik
- Berbincang meningkatkan kemajuan pelajar-pelajar
iii) rogram Bimbingan Khas Matematik (PROBIM) tingkatan 1 dan tingkatan 2. PROBIM tingkatan 1 dengan tahap pencapaian matematik KBSR yang masih belum memuaskan. PROBIM tingkatan 2 ditujukan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kemajuan untuk berjaya dalam pembelajaran matematik walaupun mereka tidak begitu berjaya dalam matematik semasa tingkatan 1.
i) Program-program Khusus Untuk Sains
i) Klinik Sains dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan pelajar dan memberi pemulihan.
ii) Mesyuarat Ketua-ketua Panitia Matematik diadakan dari masa ke semasa untuk berbincang meningkatkan kemajuan pelajar-pelajar.
iii) Kaedah Pembelajaran Kooperatif Co-operative Learning diperkenalkan kepada guru-guru dalam usaha mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih melibatkan pelajar-pelajar dan guru bertindak sebagai fasilatator. Dengan itu guru dapat menilai kebolehan pelajar-pelajar dan terus membimbing pelajar-pelajar ke arah objektif pengajaran.
iv) Pertandingan dan Pameran Sains dan Teknologi untuk sekolah menengah diadakan sebagai menggalakkan pelajar-pelajar meminati pelajaran sains.
j) Program-program Khas Bahasa Inggeris
i) Malaysian Training Development Programme
20 orang guru sekolah menengah dan 20 orang guru sekolah rendah telah dikenalpasti untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini adalah anjuran Kementerian Pendidikan berikutan satu program di bawah kelolaan Bahagian Pendidikan Guru di mana 30 orang guru/jurulatih telah dihantar ke United Kingdom untuk mendalami dan menyelami pengendalian melatih guru-guru tempatan. Kursus ini memungkinkan penyampaian INTIPATI pelajaran kepada warga pendidikan dengan lebih berkesan.
ii) English Compendium For Rural Schools
Kementerian menghasilkan bahan-bahan bacaan dan permainan-permainan Bahasa Inggeris yang susah didapati di sekolah-sekolah pendalaman. Tujuannya supaya pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih menggembirakan dan berkesan.
iii) Seminar/Persidangan dan Bengkel Menggalakkan dan menganjurkan seminar/ persidangan/bengkel bertaraf antarabangsa supaya pendidik-pendidik dapat menyertai untuk meningkatkan taraf profesionalisme dengan kos minimal.
iv) Pertandingan Bahasa Inggeris Ala-Parlimen.
Pertandingan ini memerlukan penuntut-penuntut sekolah menengah berbahas acapkali dengan spontan dalam Bahasa Inggeris. Penampilan begini memerlukan taraf penguasaan B.I. yang tinggi; semestinya latihan-latihan insentif telah dilakukan oleh guru.
v) Mesyuarat-mesyuarat dan Perjumpaan-perjumpaan Mesyuarat dan perjumpaan sentiasa diadakan untuk memantau, menganalisa atau membuat postmortem keputusan peperiksaan.