MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Dato’ Abdul Latiff bin Mirasa) bertanya kepada Ketua Menteri: 6. Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan di gerai-gerai dan pusat penjaja kawasan Seberang Perai. (a) Adakah pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai membuat perancangan yang teliti berhubung dengan kedudukan pusat-pusat penjaja di tempat yang strategik supaya pusat-pusat penjaja ini mendapat tarikan? (b) Adakah pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai membuat promosi atau daya tarikan kepada pusat-pusat penjaja ini supaya senang dikunjungi orang ramai? (c) Adakah gerai dan pusat-pusat penjaja ini disediakan dengan kemudahan asas yang mencukupi untuk kemudahan awam seperti surau, tandas, tempat rehat dan sebagainya? Sila senaraikan kemudahan asas yang disediakan. (d) Mengapakah tidak diseragamkan kadar sewa bagi gerai-gerai dan pusat penjaja ini mengikut kedudukannya? (e) Sila senaraikan gerai-gerai dan pusat penjaja yang sedia ada, sedang dibina dan dalam perancangan MPSP bagi seluruh Seberang Perai.
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Perniagaan

Jawapan



Ketua Menteri:

6. (a) Sebelum keputusan dibuat untuk mendirikan gerai/pusat penjaja, perbincangan akan diadakan antara jabatan-jabatan dalam Majlis.






(b) Antara lain Majlis akan menganjurkan pertandingan gerai/pusat penjaja dan aktiviti-aktiviti ke arah memastikan kebersihan pengendalian makanan, contohnya pertandingan pakaian bersih, makanan bersih dan juga pertandingan teh tarik.

(c) Kemudahan asas seperti tempat letak kereta, lampu berhias, tandas serta senitaman (lanskap) disediakan untuk menarik pengunjung ke gerai/pusat penjaja yang sedia ada.

(d) Kadar sewaan bagi tiap-tiap gerai penjaja adalah mengikut Undang-undang Kecil MPSP dan diseragamkan seperti berikut:-

(i) Petak penjaja - RM 30 sebulan
(ii) Gerai Berbumbung - RM 60 sebulan
(iii) Gerai Tertutup - RM120 sebulan

(e) (i) Senarai Gerai dan Pusat Penjaja Sedia Ada

1. TAMAN SELAT
2. KTM
3. KAMPUNG JAWA
4. JALAN MOHD. SAAD
5. BUNGA RAYA, JALAN RAJA UDA
6. SIN TATT
7. MAK MANDIN (Petak Terbuka)
8. MAK MANDIN (Kelumpok)
9. MAK MANDIN (Individu)
10. SUNGAI PUYU
11. DESA MURNI
12. SPT. TIGA KELING
13. KIOSK
14. GERAI TEPI JLN. DATUK HJ. AHMAD BADAWI
15. MEDAN SELERA SRI BAGAN
16. SEMBILANG
17. LEBUH TENGGIRI
18. SIAKAP
19. LEBUH KURAU 5
20. JALAN KURAU
21. JALAN TENGGIRI
22. LENGKOK TENGGIRI
23. LRG. PERUSAHAAN 8
24. LRG. PERUSAHAAN 10
25. LRG. PERUSAHAAN BARU
26. LRG. PERUSAHAAN 3
27. TKT. PERUSAHAAN 5
28. TAMAN SENTOSA
29. TAMAN SELAMAT
30. 30. TAMAN `B’





31. TMN. HJ. MOHD. AMIN
32. TMN. GUAR PERAHU
33. TKT. PERUSAHAAN 6
34. TKT. PERUSAHAAN 2
35. KIOSK
36. TAMAN SENTOSA (M/P)
37. GERAI MAKANAN TAMAN MERAK
38. KOMPLEKS PENJAJA TAMAN SENTOSA
39. GERAI MAKANAN TAMAN SENTOSA
40. MEDAN SELERA JAWI
41. KIOSK
42. TAMAN IKS IMATEX, MAK MANDIN
43. INDUSTRI SG. LOKAN
44. TAMAN BELIBIS, SPS.
45. KOMPLEKS MAKANAN INDERAWASIH 1 & 2

(ii) Gerai/Pusat Penjaja Yang Sedang/Telah Dibina Oleh Pemaju Perumahan

1. 1. MEDAN SELERA SRI BAGAN, KTM.
2. TAMAN PERKASA, JALAN PMTG. TENGAH, SG. PUYU
3. TAMAN BAGAN LALLANG, MAK MANDIN
4. MEDAN SELERA KPG. BENGGALI
5. MEGAMALL, JALAN BARU PERAI
6. IKS JURU 4
7. LORONG IKS JURU 8
8. TAMAN INDUSTRI USAHAJAYA MALAYSIA KUWAIT
9. TAMAN AROWANA
10. INDUSTRI BERINGIN JURU
11. TMN. PERUSAHAAN RINGAN JURU 1 & 2
12. TAMAN PERINDUSTRIAN SAGA JAYA
13. TAMAN INDUSTRI RINGAN ASAS JAYA
14. TMN. BUDIMAN ALMA
15. TMN. SELESA ALMA
16. JALAN ROZHAN ALMA
17. TAMAN PERMATA
18. TAMAN TEMPUA, NIBONG TEBAL
19. AMPANG JAJAR KRIAN
20. TAMAN SRI ACHEH
21. TAMAN SEMPADAN BARU, NIBONG TEBAL
22. TAMAN MERAK JAYA, SIMPANG AMPAT, SPS.
23. TAMAN MURAI JAYA, SPS.
24. TAMAN TAMBUN JAYA, SPS.




(iii) Senarai Gerai-Gerai Dalam Proses Pembinaan dan Perancangan Majlis Perbandaran Seberang Perai

1. Komplek Bertam
2. Taman Sepakat
3. Pantai Taman Telok Molek
4. Taman Tun Dr. Awang
5. Taman Bagan Jalan Permatang Pauh
6. Taman Desa Murni Sungai Dua
7. Taman Robina
8. Padang Benggali (Telok Air Tawar)
9. Jalan Siakap
10. Taman Tun Hussain Onn
11. Taman Chai Leng Park (Dekat Pasar Awam)
12. Kota Permai
13. Taman Desa Damai
14. Taman Puteri Gunung



Kembali