MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Bertam (Y.B. Encik Hilmi bin Haji Abdul Rashid) bertanya kepada Ketua Menteri: 4. Berapakah bilangan kes, dimanakah berlakunya kes dan bagaimanakah keadaannya di Negeri Pulau Pinang bagi tahun 1998 dan 1999: (a) Japanese Encephalitis (JE) (b) Virus Nipah (c) Virus bak Hendra (d) Denggi dan (e) Denggi berdarah
Dun -
Exco YB DATO' DR RAJAPATHY A/L KUPPUSAMYI
Perkara Kesihatan

Jawapan

YB DATO' DR K.RAJAPATHY MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

4. (a) Japanese Encephalitis (JE)

Bilangan Kes JE di Pulau Pinang

Daerah 1998 1999 (hingga Mei)
DTL - 1
DBD - 1
SPT - 1
SPS - 1


Keadaan kes JE di Pulau Pinang adalah terkawal. Tiada kes yang melibatkan kematian. Daripada 4 kes yang dilaporkan cuma mangsa dari Daerah Barat Daya sahaja yang masih lagi dirawat di hospital sehingga kini.

(b) dan (c)

Virus Nipah dan Virus Bak Hendra

Tiada kes melibatkan jangkitan Virus Nipah dan Virus Bak Hendra yang dikesan di Pulau Pinang bagi tahun 1998 dan 1999.

(d)

Denggi dan Denggi Berdarah

Kes demam denggi/demam denggi berdarah yang dilaporkan di seluruh Negeri Pulau Pinang sehingga April tahun 1999 meningkat sebanyak 68.3% berbanding tempoh yang sama tahun 1998. Manakala bilangan kes demam denggi/demam denggi berdarah yang disahkan diseluruh Negeri Pulau Pinang sehingga April 1999 meningkat sebanyak 36% berbanding tempoh yang sama tahun 1998. Maklumat lengkap seperti berikut:-












LAPORAN SEMASA KES DEMAM DENGGI DAN DEMAM DENGGI BERDARAH
DINEGERI PULAU PINANG TAHUN 1999
SEHINGGA 30/4/99 (MINGGU 17)

sehingga 30.4.999 kes demam deggi (DD) dan demam denggi berdarah (DDB) di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:-


1998 1999
Daerah Kes Dilapor Kes Positif Kes Dilapor(hingga 30.4.99 Kes Positif(hingga 30.4.99)
DD/DDB % DD/DDB % DD DDB JUM % DD DDB JUM %
MPPP 66 34% 33 28% 81 4 85 26% 33 0 33 21%
DTL 60 30% 38 34% 75 10 85 26% 32 5 37 24%
DBD 49 25% 29 26% 86 5 91 27% 47 3 50 32%
SPU 2 1% 1 1% 22 1 23 7% 9 1 10 6%
SPT 15 8% 9 8% 23 2 25 8% 12 1 13 8%
SPS 5 3% 3 3% 21 1 22 7% 11 0 11 7%
Jumlah 197 100% 113 100% 308 23 331 100% 144 10 154 100%


Kembali