Jawapan
YB. Dato' Haji Abdul Rashid bin Abdullah menjawab bagi pihak YAB. Ketua Menteri :
85. Atas kesedaran masalah perparitan di Pekan Kepala Batas, JPS cadangkan untuk mengadakan satu sistem perparitan induk berasingan supaya dapat mengatasi kekurangan sistem perparitan sediada dari Pekan Kepala Batas ke laut yang kurang sempurna. Untuk tujuan tersebut, JPS telah melantik satu Juruperunding untuk mengkaji sistem perparitan tersebut. Kajian tersebut dijangka bermula pada awal 1999 dan siap dalam tempoh 6 bulan dengan anggaran kos RM250,000.00. Anggaran kos keseluruhan projek mencegah banjir Pekan Kepala Batas adalah RM30 juta. Untuk jangka pendek pihak MPSP telah membersihkan parit monsoon utama sekitar Pekan Kepala Batas.
Di samping itu juga MPSP telah mengambil inisiatif membersihkan culvert yang tersumbat dan menggantikan culvert-culvert yang kecil kepada yang lebih besar bagi memastikan masalah banjir dapat dikurangkan.