Jawapan
YB. Dato' Dr. Hilmi bin Yahaya menjawab bagi pihak YAB. Ketua Menteri :
96. Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mengkaji semula keperluan mengadakan lintasan pejalan kaki di sepanjang Jalan Anson di antara Jalan Macalister dan Jalan Perak. Adalah didapati lokasi yang paling sesuai untuk diadakan lintasan pejalan kaki adalah di persimpangan Jalan Anson/Jalan Perak di mana jalanraya adalah lebar dan terdapat sekolah, kawasan penjaja, padang permainan dan juga beberapa buah persatuan. Kerja-kerja pemasangan lampu isyarat pejalan kaki di persimpangan jalan ini sedang dijalankan.
Pada masa sekarang, Majlis tidak mempunyai cadangan untuk memasang lintasan pejalan kaki lain di sepanjang Jalan Anson. Orang ramai yang ingin melintasi jalan ini ke pasar Jalan Anson boleh melintasi di bahagian persimpangan Jalan Anson/Jalan Macalister di mana terdapatnya lampu isyarat dan segitiga pembahagi jalan.