Jawapan
YB. Dato' Dr. Hilmi bin Yahaya menjawab bagi pihak YAB. Ketua Menteri :
98. Beberapa peruntukan kewangan telah disediakan oleh MPPP dalam tahun 1998 untuk memastikan muka jalan di pusat bandar sentiasa dikekalkan baik dan memuaskan seperti berikut:-
(i) Peruntukan melapismuka jalan raya - RM1.1 juta
(ii) Peruntukan melapismuka lorong belakang - RM238,000.00
Kerosakan jalan di kawasan MPPP berlaku atas sebab-sebab berikut:-
(i) Kerja korekan jalan yang dijalankan oleh syarikat/utiliti tidak ditimbus dan diperbaiki mengikut spesifikasi Majlis;
(ii) Kerosakan paip-paip air utiliti seperti paip PBA dan paip najis yang lama;
(iii) Kerosakan-kerosakan lurang-lurang utiliti yang tidak diperbaiki dengan serta-merta, dan
(iv) permukaan jalan yang rosak akibat kenderaan yang melebihi muatan yang mengguna jalan di sekitar Bandaraya Georgetown.
Syarat-syarat yang dikenakan oleh MPPP sebelum permit mengorek jalan dikeluarkan adalah seperti berikut:-
(i) mengemukakan pelan utiliti di sepanjang jalan yang akan dikorek untuk mengelakkan kerosakan kepada utiliti sedia ada, dan
(ii) semua syarikat/jabatan utiliti dikehendaki memberi cagaran wang sebanyak RM50,000.00 setiap syarikat kepada Majlis untuk tujuan pembaikan jalan yang akan dijalankan oleh Majlis dalam masa kecemasan.
Perkara ini telah diputuskan oleh Jawatankuasa Kemudahan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi Negeri dan telah mendapat endosmen MMK.
Di peringkat Majlis juga mesyuarat mingguan bersama syarikat/jabatan utiliti diadakan untuk mengkoordinasi kerja-kerja korekan dan menyelesaikan masalah-masalah di tapak.
Banyak kerja pembaikan jalan telah dijalankan dalam tahun 1998. Peruntukan kewangan yang disediakan dalam tahun ini telah dihabiskan. Senarai jalan-jalan yang telah ditarkan dan diperbaiki dalam kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang bagi tahun 1998 adalah seperti di Lampiran yang disertakan.
LAMPIRAN
SENARAI JALANRAYA YANG TELAH DITARKAN
1. Jeti Jelutong
2. Jalan Utama (Trench).
3. Lebuhraya Scott.
4. Batu Green & Gelugor Green
5. Jalan Bawasah
6. Lebuh Victoria (Lebuh Melayu – Gat lebuh Prangin)
7. Service Road off Burmah Road Opp. Burmah House.
8. Lebuhraya Babington
9. Service Road off Jelutong Road Opp. to 227B.
10. Jalan Vermont.
11. Jalan Goal.
12. Gerbang Edgecumbe.
13. Lorolng Edgecumbe.
14. Medan Lim Cheng Teik.
15. Solok Brook.
16. Service Road off Gottlieb Road Opp. Eden Café.
17. Solok Bagan Jermal
18. Service Road Burmah Road Opp., Convent & Solok Leandros
19. Solok Scott dan Solok Brown.
20. Solok Thaton
21. Lorong Pulau Tikus.
22. Lebuhraya Scott.
23. Service Road off Lintang Burmah.
24. Service Road off Burmah Road Spg. Leandros Lane.
25. Lorong Kuching (Lengkok Berjaya – Jalan Berjaya).
26. Lebuhraya Berjaya
27. Jalan merican termasuk Service Road.
28. Jalan Yeoh Cheng Aun.
29. Lorong Hutton (Jalan Transfer – Jalan Penang).
30. Lebuh Kheng Kwee.
31. Jalan Cheong Fatt Tze
32. Lorong Sekolah (Rendah dan Menengah Jelutong).
33. Jalan Sultan Ahmad Shah.
34. Jalan Larut (Sebelah Jalan Sultan Ahmad Shah – Jalan Burma)
35. Jalan Kedah.
36. Lorong Prangin.
37. Lorong Susu.
38. Jalan Perlis
39. Jalan Gelugor atau Bukit Dumbar
40. Persiaran Besi (sidelane dan jalan susur)
41. Lebuhraya Tembaga
42. Lengkok Tembaga
43. Service Road off Jalan Masjid Negeri.
44. Green Drive 1 (Persiaran Hijau).
45. Lebuh Gelugor.
46. Lorong Gelugor.
47. Cangkat Tembaga.
48. Solok Tembaga.
49. Lorong Tembaga.
50. Solok Mas,
51. Jelutong (sebelah Sekolah Moh Ghee)
52. Jalan Han Chiang.
53. Jalan Susur Masjid Negeri (Pakej kedua).
54. Green Drive (sambung) Persiaran Hijau.
55. Service Road – Batu Lanchang.
56. Solok Gelugor.
57. Taman Gelugor.
58. Lintang Gelugor.
59. Solok Rawana.
60. Jalan Service.
61. Lebuh Armenian.
SENARAI LORONG BELAKANG YANG DITARKAN
1. No. 28 hingga No. 42 Jalan Trang.
2. No. 5 hingga No. 47C, Jalan Irving
3. Lorong Sisi No. 3B Jalan Irving, No. 14 & No. 26B Jalan Perlis
4. No. 7 hingga 31 dan No. 2 hingga 22 Lebuh Nambyar.
5. No. 2 hingga No. 24 Jalan Moulmein
6. No. 1A hingga 1 W Jalan Gottlieb
7. No. 62 hingga No. 90 Lorong Ipoh.
8. Lorong Sisi dan Lorong belakang No. 50 hingga No. 58C & No. 70 Jalan Merican.No. 2 hingga
No. 8 Lorong Merican dan No. 4 hingga No. 12 Lorong Brunei
9. Lorong belakang No. 101 – No. 137 Jalan Abdullah Ariff.
10. Lorong Sisi No. 111, 123 & 137, Jalan Abdullah Ariff.
11. Lorong Sisi & Lorong belakang No. 536M – 536R, Jalan Abdullah Ariff.
12. Lorong Sisi & Lorong Belakang No. 15- No. 67 Jalan Khaw Sim Bee.
13. Lorong Sisi No. 24 & 50 Lorong Belakang No. 38-58 Jalan Khaw Sim Bee.
14. Lorong Belakang No. 2 hingga No. 18C, Lengkok Batu Lanchang.
15. Lorong Sisi & Lorong Belakang No. 2-14 Lintang Batu lanchang,No. 15, Solok Batu Lanchang.
16. Lorong Sisi & Lorong Belakang No. 3-12 Lorong Amoy.
17. Lorong Sisi No. 9 & Lorong Belakang No. 19-55, Lebuh Presgrave.
18. Lorong Sisi & Lorong Belakang No. 111 – No. 21 Jalan Magazine.