MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Soalan Bertulis oleh Y.B. Puan Jahara bt. Hamid : 4. Berapakah rumah orang-orang tua yang terdapat di Pulau Pinang? Sila nyatakan alamat dan jumlah penghuni mengikut kaum. Setakat manakah Kerajaan Negeri membantu membiayai rumah orang-orang tua ini? Apakah syarat-syarat kemasukan ke rumah orang-orang tua ini?
Dun -
Exco YB. DATO' DR. RAJAPATAHY A/L KUPPUSAMY
Perkara Kebajikan

Jawapan

YB. Dato' Dr. Rajapathy a/l Kuppusamy menjawab bagi pihak YAB. Ketua Menteri :

4. Terdapat sebanyak 6 buah Rumah Orang Tua di Negeri Pulau Pinang Pinang seperti berikut:

Bil. Nama dan Alamat Bil. Penghuni Jumlah
M C I L
1. Rumah Orang Tua Jubli Perak,
Jalan Sungai Dua,11700 P. Pinang

2. Rumah Orang Tua Uzur P. Pinang,
409, Jln Masjid Negeri,11600 P. Pg. 3 193 13

3. Rumah Orang Tua Little Sister’sOf
The Poor, 79, Lorong Batu Lanchang,
11400 Pulau Pinang. 1 99 24 214

4. Rumah Sejahtera Permatang Tinggi,
Permatang Tinggi, 11400 Bkt Mertajam - 49 1 50

5. Rumah Orang Tua Islam,Tidak Berwaris,
Pmtg Tok Gelam,Penaga, Butterworth. 8 8

6. Rumah Orang Tua Islam,Tidak Berwaris,
Kubang Semang,14000 Bukit Mertajam,
Seberang Perai Tengah. 8 8

Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan yang penuh terhadap pengwujudan Rumah Orang Tua di Negeri ini. Sebagai membantu membiayai Rumah Orang Tua ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan bantuan geran tahunan kepada semua Rumah-rumah Orang Tua ini. Pada tahun 1998 sebanyak RM424,130.00 telah disalurkan kepada dua buah Rumah Orang Tua di Pulau Pinang iaitu Rumah Orang Tua Uzur dan Rumah Orang Tua Jublee Sungai Dua.

Kemasukan ke Rumah Orang Tua adalah mengikut syarat-syarat berikut:-

(1) Berumur 60 tahun ke atas atau hampir mencapai 60 tahun.

(2) Miskin dan tidak berkemampuan

(3) Sebatang kara (Tiada waris/anak)

(4) Mempunyai anak-waris tetapi tidak dapat menjaga orang tua disebabkan mengalami kecacatan, sakit penagih dadah dan sebagainya.

Kembali