Jawapan
YB. Dato' Koay Kar Huah menjawab bagi pihak YAB. Ketua Menteri :
9. Pusat Latihan untuk belia dan remaja yang terdapat di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:-
(1) Sebuah Kompleks Belia dan Sukan Negeri di Batu Uban, Pulau Pinang yang diuruskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kompleks ini adalah:-Bilik Ceramah, Asrama, Dewan Serbaguna, Gymnasium dan Gelanggang untuk kegiatan sukan dan rekreasi.
(2) Sebuah Pusat Latihan PERDA di Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA):-
Kemudahan-kemudahan yang ditawarkan adalah:-
Bilik Kuliah, Dewan Serbaguna dan Asrama
Selain itu alatan latihan kemahiran dalam bidang-bidang berikut turut disediakan:-
(i) Perisian Komputer
(ii) Fabrikasi Logam
(iii) Penyejuk Bekuan dan Penyaman Udara
(iv) Batik Tulis Tangan
(v) Kimpalan
(3) Sebanyak sembilan buah Pusat Giat MARA seperti berikut juga menjalankan kemahiran teknikal kepada belia dan remaja tempatan:-
ALAMAT PUSAT KURSUS YANG DIJALANKAN
i Pusat Giat Pongsu Seribu, Lot 3130 1. Membaiki Radio dan TV
Mk.8,Pongsu Seribu,Kepala Batas. 2. Pendawaian Elektrik
3. Industrial Maintenance
ii Pusat Giat,Machang Bubuk,Lot 228, Mk.16, 1. Teknologi Automotif
Seberang Perai Tengah 2. Mengetuk dan MengecatKereta
3. Membaiki Motosikal
iii Pusat Giat Kepala Batas,Jalan Paya Keladi, 1. Pendawaian Elektrik
Kepala Batas. 2. Teknologi Automotif
3. Fabrikasi Logam
iv Pusat Giat Bagan,Flat Sri Bagan,Butterworth. 1. Kusyen Perabot dan Kereta
v. Pusat Giat,Permatang Pauh,Jln Permatang Pauh. 1. Pendawaian Elektrik
2. Membaiki Motosikal
vi. Pusat Giat Bayan Lepas,Lengkok Kg. Jawa, 1. Membaiki Radio dan TV
Bayan Lepas.
vii. Pusat Giat Balik Pulau, Balai Rakyat 1. Pendawaian Elektrik
Kg. Genting,Balik Pulau.
viii Pusat Giat Sungai Bakap,14200 Sungai Bakap, 1. Teknologi Bangunan
Seberang Perai Selatan. 2. Teknologi Automotif Kenderaan
3. Membaiki Motosikal
ix. Pusat Giat PERDA,Pusat Latihan PERDA, 1. Membaiki Radio dan TV
Jalan Bukit Panchor,Nibong Tebal. 2. Fabrikasi Logam
3. Penyejuk Bekuan dan Penyaman Udara