MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Soalan Bertulis oleh Y.B. Encik Lim Boo Chang : 17. Berapakah kilang dalam Negeri Pulau Pinang yang telah didakwa melanggar syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi tiga tahun yang lalu dan jumlah denda yang dikenakan?
Dun -
Exco YB. TIMBALAN KETUA MENTERI
Perkara Alam Sekitar

Jawapan

YB. Timbalan Ketua Menteri menjawab bagi pihak YAB. Ketua Menteri :

17. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah kilang yang di dakwa di mahkamah untuk 3 tahun yang lalu (1996, 1997 dan 1998) adalah sebanyak 82 buah kilang dan jumlah denda yang telah dikenakan adalah sebanyak RM321,500.00. Kilang-kilang tersebut di dakwa di atas kesalahan gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 1996 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Kembali