MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Paya Terubong (Y.B. Dr. Loh Hock Hun) bertanya kepada Ketua Menteri: 1. Adakah kerajaan merancangkan untuk membina sebuah balai bomba di kawasan Paya Terubong? Jika ada, bilakah balai bomba itu akan dibina dan di manakah lokasinya? Jika tidak, beri sebab-sebab.
Dun -
Exco Y.B. DATO' HILMI BIN HAJI YAHAYA
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan
Y.B. Dato' Dr. Hilmi bin Haji Yahaya menjawab bagi pihak Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Jabatan Bomba dan Penyelamat, Negeri Pulau Pinang sememangnya ada mempunyai perancangan untuk membina Balai Bomba dan rumah kakitangan di kawasan Paya Terubong atau kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya dan perancangan ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke 7 oleh Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Malaysia untuk kelulusan Kerajaan Pusat. Walau bagaimanapun, cadangan projek tersebut belum dapat diluluskan oleh kerana peruntukan kewangan yang terhad. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat akan terus berusaha bagi memastikan projek ini dapat diluluskan dalam Rancangan Malaysia yang seterusnya.



Kembali