Jawapan
Y.B. Timbalan Ketua Menteri menjawab bagi pihak Y.A.B. Ketua Menteri:
43. (i) Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat adalah bertanggungjawab terhadap penyaluran dan pengawalan bantuan bencana alam di dalam negeri. Semua mangsa bencana terutama mereka yang ditempatkan di Pusat Pemindahan yang berdaftar layak diberi bantuan jangka pendek sehingga mereka dapat mencari nafkah semula. Mereka yang memerlukan bantuan lanjutan atau bantuan tambahan seperti bantuan memperbaiki rumah dan bantuan pemulihan perniagaan kecil boleh dipertimbangkan oleh jabatan berkenaan. Perlu diingatkan bahawa bantuan ini adalah merupakan bantuan ehsan dan bukannya gantirugi. Mereka yang berpendapatan kurang daripada RM900.00 adalah layak memohon. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan beserta laporan polis untuk siasatan lanjut.
(ii) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) juga melalui peruntukan sumber zakat ada menyediakan bantuan kepada umat Islam yang ditimpa bencana alam. Permohonan bagi mendapatkan bantuan ini hendaklah dikemukakan melalui borang yang disediakan oleh MAINPP.
Di antara syarat-syarat bagi mendapatkan bantuan ini ialah beragama Islam, warganegara Malaysia, bermastautin di Pulau Pinang atau berazam tidak akan meninggalkan Negeri Pulau Pinang dan hendaklah termasuk dalam kategori asnaf yang berhak menerima zakat. MAINPP juga akan mempertingkatkan bantuan kepada mereka yang telah menerima bantuan dari mana-mana pihak lain jika didapati masih belum mencukupi. Selain daripada itu, semua permohonan bantuan bencana alam hendaklah disertakan dengan salinan surat laporan polis atau surat pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab.
(iii) Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga yang amat perihatin terhadap masalah rakyatnya telah menubuhkan Kumpulanwang Amanah Bantuan TYT. Yang di-Pertua Negeri. Tabung ini menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk tujuan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. Kelayakan permohonan adalah ditetapkan oleh Jawatankuasa yang ditubuhkan berdasarkan jenis bencana dan penderitaan mangsa. Diingatkan juga bahawa sumbangan ini adalah bertujuan untuk meringankan penderitaan yang dialami oleh mangsa bukan merupakan ganturugi. Permohonan bagi mendapatkan sumbangan ini hendaklah dikemukakan melalui Pegawai Daerah masing-masing.
AGENSI YANG MEMBERI BANTUAN BENCANA
Bil. Jenis Bantuan/Sumbangan Jabatan No. Telefon
1. Bantuan Bencana Negeri Jabatan Kebajikan Masyarakat 04-6505257
Negeri
(i) Daerah Timur Laut 04-2264531
(2) Daerah Barat Daya 04-8668442
(3) Daerah Seberang Perai Utara 04-3313455
(4) Daerah Seberang Perai Selatan 04-5821798
(5) Daerah Seberang Perai Tengah 04-6582295
2. Sumbangan Majlis Agama (1) Unit Agihan Zakat 04-2612500
Islam Negeri Pulau Pinang MAINPP Lebuh Pantai,
P.Pinang.
(2) Unit Agihan Zakat, 04-3313686
No. 65, Jalan Selat,
Taman Selat,Butterworth.
3. Tabong Bantuan TYT (1) Pej. Daerah Barat Daya 04-8668207
(2) Pej. Daerah Timur Laut 04-2621957
(3) Pej. Daerah Seberang Perai 04-5759963
Utara
(4) Pej. Daerah Seberang Perai 04-5301939
Tengah
(5) Pej. Daerah Seberang Perai 04-5824511
Selatan