Jawapan
Y.B. Timbalan Ketua Menteri menjawab bagi pihak Y.A.B. Ketua Menteri:
62. Kawasan mangrove forest atau Hutan Paya Laut yang terdapat dalam Hutan Simpanan Kekal di negeri ini adalah hutan perlindungan bagi tujuan perlindungan pantai dan tempat pembiakan hidupan laut.
Pemeliharaan kawasan Hutan Paya Laut adalah tertakluk di bawah kuasa-kuasa yang terkandung di dalam Akta Perhutanan Negara Tahun 1984. Di samping itu, pemeliharaannya juga dilakukan menerusi Garispanduan Kawalan Hakisan Berikutan Dari Pembangunan Di Kawasan Pantai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan Garispanduan Pembangunan Akuakultur oleh Jabatan Perikanan Negeri. Isu pemeliharaan dan pengurusan Hutan Paya Laut juga diberi perhatian dalam projek Pengurusan Zon Pantai Bersepadu (ICZM) Pulau Pinang.
Terdapat dua (2) kawasan Hutan Paya Laut di Negeri Pulau Pinang seperti berikut:
(a) Hutan Simpanan Kekal Byram 240 hektar
(b) Hutan Simpanan Kekal Balik Pulau 211 hektar
----------
Jumlah 451 hektar
==========
Jabatan Perhutanan adalah bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan Hutan Paya Laut tersebut dari pencerobohan dan tebangan pokok tanpa kelulusan. Kuasa ini adalah terkandung dalam Akta Perhutanan Negara 1984.
Kawasan Hutan Paya Laut yang terletak dalam Tanah Kerajaan dan Tanah Milik belum ada mempunyai dasar yang khusus untuk pemeliharaan. Buat masa ini Jabatan dan Agensi di peringkat negeri menggunakan satu garispanduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran yang bertajuk “Garispanduan Kawalan Hakisan Berikutan Dari Pembangunan Di Kawasan Pantai†yang mengambilkira perlindungan kawasan Hutan Paya Laut.
Isu pemeliharaan dan pengurusan Hutan Paya Laut juga sedang dibincangkan dalam projek Pengurusan Bersepadu Zon Pantai (ICZM) iaitu satu projek antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Kerjasama Denmark melalui Danish Cooperation for Enviroment and Development (DANCED).