Jawapan
Y.B. Timbalan Ketua Menteri menjawab bagi pihak Y.A.B. Ketua Menteri:
69. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan siasatan mengenai kejadian ikan mati di anak Sungai Jawi yang berlaku pada 12 Oktober 1998. Siasatan yang dijalankan tersebut mendapati tiada kilang yang melepaskan effluen ke alur air di mana berlakunya kejadian tersebut. Laporan analisis Jabatan Kimia pula, menunjukkan bahawa ikan yang mati mengandungi bahan lindane iaitu sejenis racun serangga.