MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Soalan Lisan oleh Y.B. Puan Tan Cheng Liang : 14. (a) Berapakah jumlah wang yang telah dikutip untuk program pembangunan usahawan? (b) Sila senaraikan nama pemohon yang telah diluluskan pinjaman, jumlah dipinjamkan, bangsa, jantina, jenis perniagaan dan tempat perniagaan. (c) Apakah syarat-syarat untuk memohon? (d) Apakah rancangan program ini untuk menolong dan meningkatkan jumlah usahawan di Negeri Pulau Pinang?
Dun -
Exco YB. DATO' HAJI AZHAR BIN IBRAHIM
Perkara Pembangunan Usahawan

Jawapan

YB. Dato' Haji Azhar bin Ibrahim menjawab bagi pihak YAB. Ketua Menteri


14. (a) Terdapat satu sahaja program pembangunan usahawan yang mengumpul dana iaitu, melalui Skim Modal Teroka Bumiputera and Technology Venture Capital Bhd. (BTVCB). Jumlah Ringgit Malaysia yang telah diperolehi melalui skim ini ialah sebanyak RM39.0 juta. Senarai syarikat yang telah menyumbang dalam dana ini adalah seperti berikut:

(a) Mayban Ventures Sdn. Bhd RM5.0 juta
(b) Malaysia Resources Corporation Bhd RM5.0 juta
(c) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang RM6.0 juta
(d) Leader Universal Holdings Bhd RM5.0 juta
(e) Malaysia Technology Development RM2.0 juta
Corporation Sdn. Bhd
(f) Peringkat Prestasi (M) Sdn. Bhd. RM2.0 juta
(g) PSCI RM1.0 juta
(h) HICOM RM6.0 juta
(i) UMW Corporation Sdn. Bhd. RM2.0 juta
(j) Farlim Group (Malaysia) Bhd RM5.0 juta
-----------
RM39.0 juta
===========

(b) Lembaga Pengarah BTVCB telah meluluskan pelaburan secara penyertaan ekuiti dalam 12 buah syarikat yang telah mengemukakan projek yang berpotensi dan berdayamaju serta memenuhi kriteria-kriteria pelaburan yang telah ditetapkan. Semua syarikat yang mendapat pelaburan BTVCB beralamat di Negeri Pulau Pinang. Senarai syarikat terlibat adalah seperti berikut:


Nama Pemohon Jumlah Pelaburan Jenis Perniagaan Status
Yang Diluluskan (RM)

1. Asiatic Foods Ind.
Sdn. Bhd. 750,000 Restoran(Delifrance) Bumi

2. Press Forge Sdn. Bhd. 500,000 Automotif Bumi

3. Sempurna Technology
Industries Sdn. Bhd. 300,000 Telekomunikasi Bumi

4. ATD Publishing (M) 500,000 Percetakan Bumi

5. Five-Star
Manufacturing Sdn. Bhd.
(Newco Sdn. Bhd.) 400,000 Elektronik Bumi

6. RPV Technology
Sdn. Bhd 345,000 Elektronik Bumi


7. Pin Wee Feedmills 3,125,000 Makanan Ternakan Bukan
Sdn. Bhd. Bumi

8. Ever Ray Sdn. Bhd. 3,125,000 Makanan Ternakan Bumi

9. V.C. Tech Electronics
Sdn. Bhd. 2,450,000 Elektronik Bumi


10. Sun Long Onn Jewellery 3,600,000 Pembuat Barang-barang Bukan Bumi
Ent. Sdn. Bhd Kemas


Selain daripada pembiayaan Skim Modal Teroka, BTVCB juga meluluskan program bantuan untuk usahawan kecil bumiputera khususnya bagi projek yang bernilai tidak melebihi RM100,000. Senarai usahawan yang mendapat kemudahan pelaburan ini ialah:


Bil. Nama Syarikat Jumlah Jenis Status
Pelaburan Perniagaan

1. Menara Merdeka RM100,000 Kontraktor Bumi
(M) Sdn. Bhd Landskap

2. Noor’s Bakery & RM 50,000 Pengusaha Bumi
Catering Sdn. Bhd Roti dan Pastri

(c) Kriteria pemilihan untuk pembiayaan Skim Modal Teroka BTVCB ialah:

(a) Syarikat-syarikat yang telah beroperasi dan memerlukan modal tambahan untuk mengembangkan pengeluaran (mezzanine companies);

(b) Syarikat-syarikat baru yang berdayamaju;

(c) Syarikat-syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur; dan

(d) Syarikat-syarikat berasaskan teknologi tinggi yang berpotensi untuk disenaraikan di MESDAQ (Malaysia Exchange and Securities Dealing and Automated Quotation).

Permohonan-permohonan yang dikemukakan di bawah skim ini dikaji dan diteliti terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pelaburan bagi memastikan perakuan pelaburan yang dibuat kepada Lembaga Pengarah BTVCB memberi faedah dan menguntungkan pemegang-pemegang saham BTVCB.

Kriteria pemilihan untuk pelaburan dalam projek usahawan kecil ialah:

(a) Syarikat bertaraf bumiputera

(b) Nilai projek di antara RM50,000 hingga RM100,000

(c) Projek berpotensi, berdayamaju dan menguntungkan.

(d) Ya. BTVC bertujuan untuk membentuk usahawan yang baru dengan membantu mereka memperkembangkan perniagaan produk pengeluaran agar ke peringkat yang lebih tinggi dalam industri yang diceburi. BTVC Berhad juga menggalakkan usahawan Bumiputera dan Bukan Bumiputera untuk bergabung menyertai program ini.

Kembali