MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Sungai Pinang (Y.B. Encik Looi Swee Cheang): 19. (a) Bolehkah Y.A.B. Ketua Menteri memberitahu Dewan ini senarai semua pertubuhan kebajikan yang terdapat di Negeri Pulau Pinang. (b) Berapakah yang telah mendapat sijil pengecualian cukai pendapatan. Sila senaraikan.
Dun -
Exco YB DATO' DR. RAJAPATHY A/L KUPPUSAMY
Perkara Kebajikan

Jawapan
Y.B. Dato' Dr. Rajapathy a/l Kuppusamy menjawab bagi pihak Y.A.B. Ketua Menteri:

19. (a) Di Pulau Pinang terdapat banyak pertubuhan kebajikan sukarela tetapi yang menerima Geran Tahunan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia adalah sebanyak 21 buah pertubuhan sahaja seperti berikut:-

(i) St. Nicholas Home
No.4, Jalan Bagan Jermal
10250 Pulau Pinang.

(ii) Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Pulau Pinang
d/a Sekolah Kanak-Kanak Terencat Akal
Jalan Dato’ Keramat
10840 Pulau Pinang.

(iii) Persatuan Kanak-kanak Cerebral Palsy
(Sepastik) Pulau Pinang
425, Jalan Mesjid Negeri
11600 Pulau Pinang.

(iv) Rumah Amal Cheshire
409, Babington Avenue
10450 Pulau Pinang.

(v) Joblink Centre
24-B, Jalan Grove
11400 Pulau Pinang.

(vi) Pusat Kanak-kanak Cacat
24-B, Jalan Grove
11400 Pulau Pinang.

(vii) Pusat Harian Harapan Bakti
Jalan Sungai Nipah
11000 Balik Pulau.

(viii) Persatuan Untuk Kanak-kanak Terencat Akal
Daerah Seberang Perai Utara
No.7067, Jalan Mak Mandin
Mak Mandin, 13400 Butterworth.

(ix) Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal
Seberang Perai Tengah
No.38, Lot P73, Mk.7
Jalan Permatang Rawa
14000 Bukit Mertajam.

(x) Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa
Daerah Seberang Perai Selatan
No.99, Pekeliling Belatuk
Taman Belatuk
14300 Nibong Tebal.

(xi) Persatuan Pemulihan Orang-orang Cacat
Pulau Pinang
No.8, Taman Besi
11600 Pulau Pinang.

(xii) Persekutuan Kebajikan Anak-Anak
Yatim Islam Pulau Pinang
173, Jalan Air Itam
11400 Pulau Pinang.

(xiii) Ashrama Ramakrishna
No.37, Jalan Scotland
10450 Pulau Pinang.

(xiv) Asrama Anak Yatim St. Joseph
52-K, Jalan Penang
10000 Pulau Pinang.

(xv) The Salvation Army Boys Home
8-A, Jalan Logan
10400 Pulau Pinang.

(xvi) Pertubuhan Kanak-kanak
No.6, Solok Scotland
10450 Pulau Pinang.

(xvii) Rumah Orang Tua Jubilee
Jalan Sungai Dua
11700 Pulau Pinang.

(xviii) Rumah Orang Tua Uzur
409, Jalan Masjid Negeri
11600 Pulau Pinang.

(xix) Rumah Orang Tua Little Sister’s of the Poor
No.79, Lorong Batu Lanchang
11400 Pulau Pinang.

(xx) Majlis Kebajikan Wanita
No.409, Babington Avenue
10450 Pulau Pinang.

(xxi) Pusat Krisis Wanita
24-D, Jalan Jones
10250 Pulau Pinang.

(b) Kerajaan Negeri tidak mempunyai rekod tentang pertubuhan yang memperolehi sijil pengecualian cukai pendapatan kerana permohonan untuk mendapatkan sijil pengecualian adalah atas urusan pertubuhan masing-masing.
Kembali