Jawapan
24. Maklumat daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berdasarkan jumlah lesen pengilang yang diluluskan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 menunjukkan jumlah pelaburan untuk Negeri Pulau Pinang pada tahun 2001 sebanyak RM3.77 bilion. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM1.31 bilion merupakan projek pengilangan baru, manakala bakinya sebanyak RM2.46 bilion merupakan projek pembesaran dan pelaburan tambahan.
Anggaran pelaburan asing adalah sebanyak RM356.0 bilion, manakala anggaran pelaburan tempatan ialah RM 208.3 juta atau RM0.21 bilion. Ini menunjukkan bahawa pelaburan asing masih mendahului dan melebihi pelaburan tempatan pada tahun 2001 walaupun industri elektronik sedunia mulai menghadapi kemunduran sejak awal tahun 2001.