MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan 64. Bolehkah Y.A.B. Ketua Menteri memberitahu mengapakah masalah bau busuk dari kilang Integrated Poultry (IPI) Sdn. Bhd. di Taman Nirwana masih tidak dapat diselesaikan oleh MPSP dan Jabatan Alam Sekitar. Nyatakan apakah usaha yang telah dibuat oleh MPSP dalam tempoh 2 tahun kebelakangan dan bilakah masalah ini akan diselesaikan.
Dun -
Exco Y.B DR.TENG HOCK NAN
Perkara Alam Sekitar

Jawapan
64. Untuk makluman Yang Berhormat, masalah bau busuk daripada kilang Integrated Poultry Industry Sdn. Bhd., berpunca daripada proses memasak sisa-sisa ayam di dalam rendering plant untuk dijadikan makanan binatang. Walaupun pihak kilang telah memasang alat scrubber bagi memerangkap bau yang dihasilkan dari rendering plant tersebut namun masih berbau. Langkah paling berkesan mengatasi masalah tersebut ialah dengan memberhentikan operasi rendering plant.

Dalam hubungan ini, pihak kilang berkenaan telahpun memberi perakuan untuk memberhentikan operasi rendering plant tersebut pada bulan Jun 2002. Pada masa yang sama, pihak kilang akan terus mengadakan perbincangan dengan pihak MPSP khususnya bagi mengenalpasti kaedah terbaik melupuskan sisa-sisa ayam berkenaan.
Kembali