Jawapan
65. Berikut adalah penjelasan mengenai jumlah peruntukan, jumlah penduduk yang menerimanya serta harga seunit barangan bagi 4 buah projek bekalan yang telah diluluskan di bawah KADUN Bukit Tengah pada tahun 2001.
(i) Membekal Pakaian Seragam Tai Chi “B†Graden Berharga RM2,040.00.
Harga sehelai pakaian seragam tersebut ialah RM10.00 dan seramai 204 orang penduduk telah dibekalkan dengan pakaian seragam sehelai setiap orang.
(ii) Bekal Seluar Kepada Kelas Taman Desa Damai Berharga RM1,800.00
Harga sehelai seluar tersebut ialah RM24.00 dan seramai 75 orang penduduk telah dibekalkan dengan seluar tersebut sehelai setiap orang.
(iii) Membekal Seluar Kepada Kelas Tai Chi Taman Desa Jambu Mawar Berharga RM2,200.00
Harga sehelai seluar tersebut ialah RM22.00 dan seramai 100 orang penduduk telah dibekalkan dengan seluar tersebut sehelai setiap orang.
(iv) Sumbangan Hamper kepada Wargatua Sempena Perayaan Hari Raya Puasa dan Hari Deepavali (KADUN Bukit Tengah) berharga RM5,000.00
Harga seunit hamper ialah RM40.00 dan seramai 125 orang penduduk telah dibekalkan dengan hamper tersebut seunit setiap orang.