MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan 12. Bolehkah Y.A.B. Ketua Menteri memberitahu Dewan ini jumlah pekerja di Pulau Pinang yang telah diberhentikan kerja dalam 6 bulan yang lalu dan berapakah lagi jumlah yang dijangka dihentikan kerja dalam 6 bulan yang akan datang. Sila beri huraian berhubung dengan jenis pekerjaan, kumpulan umur dan jantina pekerja yang terlibat dengan pemberhentian tersebut.
Dun -
Exco Y.B DATO' DR. TOH KIN WOON
Perkara Perdagangan

Jawapan
12. Dalam tempoh 6 bulan yang lalu, seramai 5,636 orang telah dihentikan kerja di Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,678 adalah daripada golongan pekerja lelaki sementara sejumlah 2,958 orang adalah golongan pekerja wanita. Mengikut analisis yang dibuat, didapati kumpulan pekerja Pengeluaran/Operator/Buruh merupakan kategori pekerjaan yang paling ramai terlibat dengan pemberhentian pekerja iaitu menyumbang sebanyak 76.6% atau 4,327 orang daripada keseluruhan jumlah pekerja yang dihentikan. Kumpulan pekerjaan yang kedua tertinggi dihentikan adalah daripada kumpulan Profesional dan Teknikal iaitu sebanyak 20.4% atau 1,150 orang.

Kumpulan umur pekerja yang terlibat dengan pemberhentian adalah bergantung kepada cara pemberhentian yang dilaksanakan oleh majikan. Terdapat 2 jenis pemberhentian pekerja yang digunakan oleh majikan seperti berikut:



Jenis Pemberhentian Catatan Golongan Pekerja Yang Terlibat

Last In First Out Pemberhentian ini Kebanyakkannya melibatkan
dilaksanakan pekerja yang lebih muda
secara paksa iaitu
majikan memberhentikan
pekerja mengikut
senioriti. Apabila
hendak menamatkan
perkhidmatan pekerja,
pekerja yang baru
berkhidmat akan dihentikan
terlebih dahulu berbanding
pekerja yang telah lama
berkhidmat.


Pemberhentian Pekerja diberi pilihan untuk Kebanyakkannya
Secara Sukarela berhenti secara sukarela. pekerja yang berumur
Pekerja yang lebih lama 30 tahun ke atas ter-
berkhidmat cenderung untuk libat dengan kaedah
berhenti secara sukarela pemberhentian ini.
kerana bayaran pampasan yang
diterima adalah tinggi
berbanding pemberhentian
secara paksaan.


Kerajaan Negeri tidak dapat meramal bilangan pekerja yang akan diberhentikan kerja dalam tempoh 6 bulan akan datang.

Kembali