Jawapan
60. (a) Syarikat Eurasia Ekspress Sdn. Bhd. diberi kontrak oleh MPPP untuk perkhidmatan pemindahan sampah,
Syarikat Idaman Bersih Sdn. Bhd. diberi kontrak oleh MPPP dan MPSP untuk pelupusan sampah.
(b) (i) Kadar bayaran bagi pemindahan sampah dari terminal Batu Maung ke Pulau Burung adalah RM35.90 se tan.
(ii) Kadar bayaran bagi pelupusan sampah di tapak pelupusan di Pulau Burung adalah seperti berikut:-
(a) RM27.00 se tan bagi sisa pepejal domestik.
(b) RM32.00 se tan bagi sisa pepejal industri.
(c) Jumlah bayaran dibuat adalah berdasarkan kepada beratan muatan sampah yang dilupuskan. Jumlah bayaran secara purata adalah RM500,000.00 sebulan.
(d) Pemilik/Pengarah kedua-dua syarikat adalah terdiri daripada pengusaha tempatan dan dari luar Pulau Pinang.