Soalan | Minta Kerajaan Negeri untuk menjelaskan projek perumahan Quaywest yang berketumpatan 167 unit /ekar adalah diluluskan dibawah garis panduan yang mana satu dan mengapakah perlu diberi kelulusan kepada projek yang begitu tinggi ketumpatannya. |
Dun | Telok Ayer Tawar |
Exco | YB JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH |
Perkara | Projek Perumahan |
Projek perumahan Quaywest adalah terletak di atas lot PT 3945 dan PT 3985, Mukim 13, Daerah Timur Laut. Tapak ini adalah termasuk sebahagian daripada pembangunan yang meliputi Pelan Induk Pembangunan 'Penang World City' di Bayan Mutiara, Mukim 13, Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Pelan Induk ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri pada 29 Ogos 2013 kepada pemaju Tropicana Ivory Sdn. Bhd. Berdasarkan kepada Pelan Induk tersebut, dinyatakan bahawa lot PT 3945 adalah kawasan perumahan seluas 10.55 ekar dengan kepadatan 87 unit/ekar. Manakala bagi plot PT 3985 berkeluasan 7.53 ekar adalah kawasan pembangunan bercampur dengan plot ratio 1:5. Tapak ini adalah untuk pangsapuri perkhidmatan dan kedai dengan jumlah ruang lantai yang dibenarkan ialah 1,638,945 kaki persegi.
Berhubung perkara ini, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah dirujuk untuk Permohonan Kebenaran Merancang bagi mendirikan 1,343 unit kondominium, 222 unit pangsapuri perkhidmatan dan 1013 unit SOHO di atas PT 3945 dan PT 3985, Mukim 13 Daerah Timur Laut daripada Tropicana Ivory Sdn. Bhd. Garis Panduan yang diguna pakai adalah 87 unit/ekar dan Permohonan Kebenaran Merancang ini diluluskan kerana mematuhi garis panduan berkenaan. Justeru, tidak imbul isu mengatakan bahawa projek perumahan Quaywest ini berketumpatan 167 unit/ekar dan mempunyai ketumpatan yang tinggi.