MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Huraikan dengan akta-akta sediada, apakah strategi dan tindakan Kerajaan Negeri untuk mengelakkan didakwa bankrupsi disebabkan perjanjian yang tidak adil antara kerajaan dengan mana-mana pihak yang berkaitan agar memperkukuhkan status kewangan dan mempertahankan keyakinan Kerajaan Negeri.
Dun Tanjong Bunga
Exco YB JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH
Perkara Pentadbiran

Jawapan

Kerajaan Negeri Pulau Pinang senantiasa mengambil kira semua peruntukan perundangan yang sedia ada di dalam menangani soalan yang ditujukan, iaitu secara khusus untuk mengelakkan didakwa bankrupsi sebab perjanjian yang tidak adil antara kerajaan dengan mana-mana pihak yang berkaitan agar memperkukuhkan status kewangan dan mempertahankan keyakinan Kerajaan Negeri.



Antara lain, peruntukan undang-undang yang ditangani adalah Akta Kontrak 1950 [Akta 136], Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359], Kanun Tanah Negara, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Akta Kanun Acara Jenayah 1976 [Akta A324], Akta Kanun Keseksaan [Akta 574], Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan lain-lain.



Stategi yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah pemastian satu pentadbiran yang Cekap, Akauntabel dan Telus, yang akan membawa kepada satu kerajaan yang senantiasa mengurangkan keberhutangannya seperti mana untuk Negeri Pulau Pinang yang telah berjaya mengurangkan hutang dari RM625.44 juta pada tahun 2008 sehingga kini iaitu pada RM69.36 juta sahaja.



Ini merupakan keberkesanan pentadbiran Cekap, Akauntabel dan Telus dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus berusaha untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam pada masa yang sama mengurangkan kadar keberhutangan tersebut. 


Kembali