Soalan | Huraikan kepentingan, kemanfaatannya dan hasrat kerajaan negeri Pakatan Harapan tubuhkan satu 'integrity office and ombudsman'/ Jawatankuasa Ombudsman untuk merealisasikan dan mempertingkatkan status negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bertaraf antarabangsa dengan urus tadbir baik, CAT dan keadilan sepertimana dijanjikan. |
Dun | Tanjong Bunga |
Exco | YB. PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY |
Perkara | Pentadbiran |
Sistem Ombudsman berperanan sebagai badan atau individu yang berkecuali dan dipertanggungjawab untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa termasuk mengemukakan cadangan penambahbaikan. Sehingga kini, pelbagai saluran telah disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada orang awam bagi mengemukakan sebarang masalah, aduan serta cadangan penambahbaikan berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan. Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan sebarang aduan atau keluhan yang diterima daripada orang awam.
Pada ketika ini, Kerajaan Negeri telahpun mewujudkan beberapa Jawatankuasa yang mempunyai peranan dan fungsi yang sama dengan sistem Ombudsman ini, antaranya adalah seperti berikut:
(i) Jawatankuasa Pelaksanaan Projek;
(ii) Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan.
(iii)Jawatankuasa Pemandu Permohonan Projek ICT Negeri; dan
(iv)Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam;
(v) Lembaga Perolehan Negeri;
(vi) Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri;
(vii) Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus;
(viii) Jawatankuasa Audit;
(ix) Jawatankuasa Kerja Pengurusan Kewangan & Akaun;
Di samping itu, Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa sentiasa memantau prestasi berhubung perkara ini supaya peranan dan fungsinya berada di atas landasan yang telah ditetapkan bagi memastikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua lapisan masyarakat di Negeri Pulau Pinang. Justeru itu, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa inisiatif yang sedia ada adalah mencukupi dan mampu memberi keberhasilan yang baik berlandaskan prinsip CAT yang menjadi teras kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.