Soalan | Berapakah kampung-kampung tradisional yang disenaraikan di dalam Pelan Tempatan dan sila senaraikan perancangan Kerajaan Negeri tentang masa depan kampung-kampung ini dalam usaha untuk menyelamatkan warisan sejarah penempatan kampung-kampung ini dalam kerancakan pembangunan yang berjalan di Pulau Pinang? |
Dun | Telok Ayer Tawar |
Exco | YAB. CHOW KON YEOW |
Perkara | Tanah |
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 (RSNPP) yang menggariskan beberapa dasar untuk mengekalkan kawasan perkampungan sediada sebagai kampung tradisional.
Antara langkah-langkah yang digariskan dalam RSNPP dalam mengekalkan perkampungan tradisional di bawah Dasar Sektoral 33 ialah untuk mengekalkan dan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam dari masa ke semasa serta melaksanakan secara berterusan usaha-usaha dan program-program menaiktaraf jalan, pengindahan dan landskap yang mengekalkan ciri-ciri tradisi dan budaya kampung setempat. Di samping itu, penyediaan garis panduan bagi pemajuan dan penyusunan semula kampung-kampung tradisional akan diberi keutamaan bagi memastikan pengeluaran hak milik berasingan mematuhi undang-undang tanah dan perancangan.
Sejumlah 48 buah perkampungan telah dikenalpasti dan disenaraikan dalam Dasar Sektoral 33 L1. Beberapa buah perkampungan telah dikenalpasti dan disenaraikan dalam Dasar Sektoral 33 L1 seperti berikut:-
Daerah Barat Daya
(i) Kampung Seronok;
(ii) Kampung Sungai Rusa;
(iii) Kampung di Telok Bahang;
(iv) Kampung-kampung nelayan di Balik Pulau;
(v) Kampung Sungai Batu;
(vi) Kampung Teluk Kumbar;
(vii) Kampung Masjid Teluk Kumbar;
(viii) Kampung Bukit Gemuroh;
(ix) Kampung Kongsi;
(x) Kampung Paya Telok Kumbar;
(xi) Kampung Paya Kongsi;
(xii) Kampung Titi Teras;
(xiii) Kampung Perlis;
(xiv) Kampung Pondok Upeh;
(xv) Kampung Kuala Sungai Pinang;
(xvi) Kampung Pantai Acheh;
(xvii) Kampung Sungai Pinang;
(xviii) Kampung Kuala Jalan Bharu;
(xix) Kampung Sungai Korok;
(xx) Kampung Bukit Bayan Lepas;
(xxi) Kampung Binjai;
(xxii) Kampung Permatang Tepi Laut;
(xxiii) Kampung Genting; dan
(xxiv) Kampung Terang.
Daerah Seberang Perai Tengah
(i) Kampung Cherok To' Kun;
(ii) Kampung Machang Bubuk;
(iii) Kampung Bukit Teh;
(iv) Kampung Junjung;
(v) Kampung Alma;
(vi) Kampung Baru;
(vii) Kampung Bukit Minyak;
(viii) Kampung Kuala Tasik;
(ix) Kampung Teluk;
(x) Kampung Manggis;
(xi) Kampung Tok Subuh;
(xii) Kampung Bukit Kecil di Bukit Mertajam;
(xiii) Kampung Seri Kijang;
(xiv) Kampung Mengkuang Titi, Juru; dan
(xv) Kampung Masjid Timah di Penanti.
Daerah Seberang Perai Utara
(i) Kampung Kota Aur;
(ii) Kampung Pinang Tunggal;
(iii) Kubang Menerong;
(iv) Kampung Ara Kuda; dan
(v) Kampung Tasek
Daerah Seberang Perai Selatan
(i) Kampung Besar (SPS);
(ii) Kampung Sungai Acheh;
(iii) Sg Gelugur; dan
(iv) Kampung Surau.
Kerajaan Negeri sememangnya serius dengan hasrat untuk mengekalkan kampung warisan seperti yang telah disenaraikan di dalam RSNPP 2020. Walau bagaimanapun, proses pengekalan, maklumat serta sejarah kampung dan pewartaan kampung beserta sempadan kampung dalam Rancangan Tempatan perlu dilaksanakan terlebih dahulu yang melibatkan jangkamasa yang panjang. Isu tanah dan kos pengambilan balik tanah khasnya melibatkan tanah berimilik juga menjadi cabaran dalam menjayakan hasrat Kerajaan Negeri ini. Pengekalan kampung ini juga melibatkan peruntukkan perundangan yang berbeza bagi setiap jabatan yang memerlukan penyelarasan dan persefahaman pelbagai pihak. Pelbagai usaha juga sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti sempadan setiap kampung yang akan diwartakan sebagai kampung tradisional bagi merealisasikan hasrat RSNPP.