MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Penambakan laut di Permatang Damar Laut melibatkan kawasan tangkapan ikan, udang dan marin ekosistem yang akan menjejaskan tangkapan ikan nelayan pantai di kawasan berkenaan. Adakah laporan dari Jabatan Perikanan disediakan dan bagaimanakah impak kehidupan marin dan kawasan hasil tangkapan dan lama manakah kesan itu akan dapat dipulihkan?
Dun Telok Ayer Tawar
Exco YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN
Perkara Pertanian/Penternakan/Perikanan

Jawapan

Pihak SRS Consortium selaku Project Delivery Partner (PDP) kepada Kerajaan Negeri telah melantik Fanli Marine Consultant bagi menyediakan kajian Fisheries Impact Assessment (FIA). Tujuan FIA adalah mengkaji kesan tambakan laut kepada nelayan dan mendapatkan input dari nelayan serta penduduk sekeliling kawasan cadangan tambakan laut melalui Focus Group Discussion. Pihak Fanli Marine dan SRS Consortium masih di peringkat penyediaan laporan akhir FIA. Hasil kajian akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Task Force Nelayan bagi Pelan Induk Pengangkutan yang berfungsi untuk memantau isu-isu nelayan bagi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Jawatankuasa ini juga turut disertai oleh Jabatan Perikanan Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).



Impak kehidupan marin dan tempoh pemulihan akan diulas oleh Jabatan Perikanan Pulau Pinang dan LKIM setelah pembentangan laporan lengkap FIA oleh pihak konsultan. Namun bagi memastikan breeding area di sekitar Pulau Rimau, Pulau Kendi dan Pulau Betong terus terpelihara, Kerajaan Negeri bagi tahun 2016 bercadang melepaskan tukun tiruan di tiga kepulauan ini bagi menambah luaskan taman-taman ikan sedia ada.


Kembali