MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Apakah status terkini syarikat-syarikat yang telah mengambil bahagian dalam tender terbuka tanah Taman Manggis, George Town? Sewaktu proses membida, adakah semakan dibuat keatas setiap pembida dan jelaskan kaedah semakan dan maklumat yang diterima oleh kerajaan bagi setiap pembida.
Dun Pulau Betong
Exco YAB. CHOW KON YEOW
Perkara Tanah

Jawapan

Terdapat 4 syarikat yang memasuki tender dan syarikat yang berjaya di dalam tender tersebut adalah Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC), Setelah tawaran dinilai dan keputusan dibuat oleh lembaga perolehan yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menawarkan kepada KLIDC dikeluarkan, Kerajaan Negeri sudah tidak ada apa-apa kepentingan dan keperluan untuk memantau syarikat-syarikat yang tidak berjaya tidak timbul lagi.



Selepas RFP ditutup, terdapat Jawatankuasa Penilaian teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan bertanggungjawab untuk membuat penilaian ke atas penender-penender berdasarkan dokumen tender yang dikemukakan oleh penender tersebut. Jawatankuasa Penilaian Kewangan telah membuat analisis berdasarkan modal berbayar syarikat dengan menilai aset semasa dengan liabiliti semasa. Jawatankuasa Penialaian teknikal pula telah menilai kertas cadangan dari segi konsepnya. Latar belakang/ pengalaman pembida dalam bidang ini juga merupakan faktor penilaian.



Berdasarkan kenyataan tender, pembida dikehendaki untuk menghantar dokumen seperti berikut sebagai dokumen sokongan :-



(i) Keterangan Mengenai Pembida;



(ii) Surat Akuan Pembida;



(iii) Jadual Harga Tawaran;



(iv) Senarai perkhidmatan yang sedang dan telah dilaksanakan;



(v) Salinan Sijil Pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (bagi syarikat tempatan);



(vi) Kertas cadangan konsep pembangunan Pusat Perubatan Pakar;



(vii) Salinan borang 24 dan Borang 49 yang terkini (bagi syarikat tempatan);



(viii) Salinan Memorandum and Article (M&A) (bagi syarikat tempatan );dan



(ix) Penyata Kewangan yang telah diaudit untuk tiga (3) tahun terakhir (bagi syarikat yang ditubuhkan lebih daripada tiga (3) tahun).



Segala proses perolehan tender mematuhi Surat Pekeliling Perbendaharan Bil. 5 tahun 2007 Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan secara tender.



 


Kembali