Soalan | Mohon jelaskan kesungguhan Kerajaan Negeri menyediakan perumahan mampu milik di atas tanah Bayan Mutiara. Perincikan komposisi terkini pembangunan Bayan Mutiara dan anggaran kos pembangunan dan pulangan kepada pemaju serta jadual pelaksanaan projek. |
Dun | Pulau Betong |
Exco | YAB. CHOW KON YEOW |
Perkara | Projek Perumahan |
Pihak pemaju bercadang untuk pemajuan 1343 unit rumah sebagaimana yang terkandung di dalam permohonan Kebenaran Merancang yang telah diluluskan pada 28.1.2014 di atas tapak 1A, Bayan Mutiara. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah mengenakan kuota 20% bagi unit kawalan harga perumahan, iaitu sebanyak 269 unit. Walau bagaimanapun, syarikat tidak bercadang untuk membina 269 unit rumah tersebut di atas tapak 1A, Bayan Mutiara. Mengikut dasar semasa, pemaju boleh menyediakan kuota unit kawalan di tapak lain di dalam daerah yang sama. Oleh itu sebagai ganti, pemaju telah membeli kuota sebanyak 269 unit (berdasarkan 20% unit kawalan harga perumahan) perumahan mampu milik yang akan dimajukan oleh Tetuan Aspen Vision Development Sdn. Bhd. di atas lot-lot 3622, 3624, 3625 dan 3626, Mukim 18, Persiaran Halia 3, D.T.L., Pulau Pinang.
Komposisi terkini pembangunan Bayan Mutiara sepertimana yang telah diluluskan pada 29 Ogos 2013 adalah adalah seperti berikut :-
Perumahan - 10.55 ekar
Perniagaan - 76.09 ekar
Masjid - 2.60 ekar
RIBI - 4.00 ekar
Infrastruktur / utiliti - 9.32 ekar
Walau bagaimanapun, kerajaan tidak mempunyai anggaran kos pembangunan projek tersebut.
Manakala jadual perlaksanaan projek adalah seperti berikut :-
Parcel | Komponen | Status |
1A | Perumahan | Dalam pembinaan. Projek dijangka siap pada September 2016 |
1B | Pembangunan bercampur termasuk komersial, perumahan, fasiliti dan ameniti | Kerjatanah sedang dijalankan. Pelaksanaan – 2016 -2019 |
3A & 3B | Pembangunan bercampur | Pelaksanaan 2017-2020. Pada masa ini peringkat kebenaran merancang |
Parcel 4 | Pembangunan bercampur | Pembangunan masa hadapan, akan dilaksanakan bersama dengan kerja-kerja tebusguna |