MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Nyatakan bilangan kes yang dikendalikan oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah di Pulau Pinang mengikut lokasi, keputusan tribunal dan jumlah tuntutan yang berjaya diperolehi oleh pembeli rumah sejak tahun 2013 sehingga kini.
Dun Machang Bubuk
Exco YB JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH
Perkara Perundangan

Jawapan

Berdasarkan kepada maklum balas yang diterima daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sejumlah 312 tuntutan oleh penduduk Pulau Pinang telah difailkan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) sejak penubuhannya pada tahun 2013 hingga 31 Mac 2016.



Daripada jumlah tersebut, 248 kes telah berjaya diselesaikan melibatkan tuntutan berjumlah RM3,203,095.00.


Kembali