MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Nyatakan jumlah premis jualan makanan dan kilang yang telah diperiksa oleh Jabatan Kesihatan Negeri bermula dari Januari 2016 hingga sekarang? Senaraikan jumlah premis dan kilang di dalam kawasan Seberang Perai Utara (SPU) yang didapati tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan apakah tindakan yang telah diambil?
Dun Penaga
Exco YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN
Perkara Kesihatan

Jawapan

Jabatan Kesihatan Negeri telah melakukan 1492 pemeriksaan di premis makanan dan 155 pemeriksaan di kilang makanan di seluruh Negeri Pulau Pinang sejak Januari 2016 hingga sekarang.



Bilangan premis makanan yang didapati tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diambil tindakan oleh Pegawai Berkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Sebarang Perai Utara adalah seperti berikut:



 



 



 



 































JENIS PREMIS



PEMERIKSAAN



NOTIS 32B



PENUTUPAN



PREMIS MAKANAN



351



80



5



KILANG MAKANAN



43



16



4


JUMLAH 394 96 9


 



Tindakan yang diambil adalah dengan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 yang membolehkan pemilik dikenakan kompaun sebagai ganti untuk tidak perlu hadir ke mahkamah. Sementara itu di bawah Seksyen 11 Akta yang sama, premis yang didapati kebersihan yang tidak memuaskan boleh diarahkan tutup bagi tempoh tidak lebih 14 hari bagi tujuan pembersihan.



 


Kembali