MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Bagaimanakah tiga lebuh raya iaitu jalan lingkaran luar PORR yang asal yang berakhir di Farlim, cadangan MBPP untuk membina jalan berkembar Air Itam - Relau dalam masa terdekat dan SRS mencadangkan Penang Island Link Expressway disepadukan dalam hubungan sistem penyuraian trafik?
Dun Batu Uban
Exco YAB CHOW KON YEOW
Perkara Bandar Raya

Jawapan

Cadangan By-pass dari Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu (Ayer Itam By-pass) yang merupakan sebahagian daripada jajaran yang dikenalpasti sebelum ini untuk Lebuhraya Lingkaran Luar Pulau Pinang akan disediakan dengan tanjakan (ramp) di Lebuhraya Thean Teik untuk membolehkan kenderaan menyusur masuk dan keluar dari Ayer Itam By-pass. Jalan Berkembar di Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) akan menghubungkan Lebuhraya Thean Teik (Bandar Baru Ayer Itam atau Farlim) ke Lebuh Bukit Jambul (Relau).



Cadangan Penang Island Link (PIL) yang termasuk dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang akan menghubungkan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berdekatan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ke Tanjong Tokong melalui kawasan Bayan Baru, Paya Terubong dan Kebun Bunga (Jalan Gottlieb). Salah satu tukar antara (persilangan bertingkat) PIL akan diadakan di Paya Terubong yang akan disambung melalui viaduk (jalan bertingkat) ke Lebuhraya Thean Teik dan seterusnya ke Jalan Bukit Kukus.



Oleh yang demikian, satu rangkaian lebuhraya / jalan bersepadu yang saling bersambung dan tanpa batasan akan diwujudkan untuk sistem penyuraian trafik yang berkesan.


Kembali