MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Huraikan dan senaraikan keadaan, laporan dan statistik chlorination semua kolam berenang (swasta, hotel dan kerajaan) dalam Negeri Pulau Pinang. Kemukakan yang tidak diluluskan di bawah laporan chlorination dan mencemarkan alam sekitar (sungai/laut). Apakah tindakan dilaksanakan di bawah akta-akta mana yang berkenaan?
Dun Tanjong Bunga
Exco YB. PHEE BOON POH
Perkara Alam Sekitar

Jawapan

Pada masa ini tiada pemantauan yang menyeluruh dilakukan terhadap tahap pengklorinan di kolam-kolam renang milik kerajaan atau swasta di Pulau Pinang.



Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memulakan inisiatif untuk merangka Piawaian Kualiti Air Kolam Renang Kebangsaan sebagai panduan untuk pematuhan parameter klorin bagi operasi kolam renang di seluruh Negara. Sehubungan itu, KKM telah mengarahkan setiap Jabatan Kesihatan Negeri melaksanakan aktiviti pengumpulan data asas kualiti air kolam renang bermula pada bulan Julai 2012 sehingga kini untuk dijadikan sebagai sampel rujukan bagi penetapan standard kebangsaan.



Lokasi yang dijadikan sampel pemantauan di Pulau Pinang oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang adalah di Permata Sport Centre, Paya Terubong. Aktiviti pengambilan sampel dilaksanakan sebulan sekali yang melibatkan empat (4) point pada kolam dewasa dan dua (2) point di kolam kanak-kanak. Piawaian yang digunakan pada masa kini adalah berdasarkan kepada Singapore Pool Water Quality Standard dengan bacaan minimum 1.0ppm dan maximum 3.0ppm. Bacaaan yang diperolehi di kolam renang tersebut didapati mematuhi piawaian yang diguna pakai.



Tujuan pengumpulan data asas tersebut oleh KKM adalah bertujuan untuk mewujudkan Piawaian Pematuhan Kualiti Air Rekreasi Kebangsaan (Kolam Renang) yang akan diguna pakai oleh setiap premis yang mempunyai kolam renang kelak. Piawaian tersebut akan diguna pakai sepenuhnya apabila proses kajian dan pengumpulan data asas oleh KKM selesai.


Kembali