Soalan | Senaraikan semua kuari (nama pengusaha/lokasi/luasan/jenis niaga/keluaran dan lain-lain) yang dibenarkan dan yang haram. Huraikan kuari yang beroperasi mengorekkan batu-bata ke bawah paras tanah hingga mengancamkan penduduk, bangunan dan kawasan berjiranan. |
Dun | Tanjong Bunga |
Exco | YAB CHOW KON YEOW |
Perkara | Kerajaan Tempatan |
Jumlah keseluruhan kuari yang beroperasi di Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 28 kuari iaitu 10 kuari di Daerah Seberang Perai Selatan, 11 kuari di Daerah Seberang Perai Tengah, 1 kuari di Daerah Seberang Perai Utara , 5 kuari di Daerah Barat Daya dan 1 kuari di Daerah Timur Laut.
Sebanyak 13 kuari yang berlesen iaitu dikeluarkan Permit 4B (tanah kerajaan) dan Permit 4C (tanah persendirian). Manakala terdapat 13 kuari lain yang tidak dikeluarkan lesen disebabkan oleh kuari-kuari tersebut adalah berstatus tanah "First Grade", "Condition A" dan "B". 13 kuari ini hanya tertakluk kepada kelulusan Pelan Kerja Tanah dan Kebenaran Merancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan serta tidak memerlukan Permit 4B dan 4C. Selain itu, terdapat 2 lagi kuari pembangunan yang mendapat kelulusan Pelan Kerja Tanah oleh MBPP. Perincian kuari-kuari tersebut mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.
Sehingga kini, hanya satu kuari yang mengorek batu-bata ke bawah paras tanah yang dilaporkan berpotensi mengancam kawasan berjiranan.
Butir-butir kuari adalah seperti berikut:-
Pengusaha | Lot,Mk,Daerah | Lulus Pelan Kerja Tanah | Keluasan | Jenis Kuari | Catitan |
Weng Lee Granite Quarry Sdn. Bhd. MPSP/50/9-47/21 | 229 ,238, 248 dan 1486- 1491, Mukim 17, Berapit,SPT. | 15.07.2002 | 14 ha | Batu Granite | Tidak Aktif Arahan MPSP berhenti aktiviti pada 03.04.2013 Tiada PKM (pemutihan) |