MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mempelopori teknologi menukar air laut kepada air minuman dan air untuk kegunaan domestik seperti Singapura, New Zeland dan India?
Dun Seri Delima
Exco DATO' LIM HOCK SENG
Perkara JBA

Jawapan
Teknologi menukar air laut kepada air minuman atau penyahgaraman air laut  telah dikenal pasti sebagai salah satu alternatif masa depan untuk sumber air mentah di Negeri Pulau Pinang.


 


Satu projek perintis yang merangkumi rekabentuk dan pembinaan loji penyahgaraman air laut telah mula dilaksanakan di Pulau Aman pada bulan Disember 2015. Loji tersebut dengan keupayaan 240 meter padu sehari adalah bagi menampung keperluan air di Pulau Aman. Projek yang bernilai RM 2.5 juta ini dijangka siap pada bulan Jun 2016.


 


Kembali