MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan (a) Masalah kesihatan iaitu obesiti yang dialami oleh ramai penduduk Negeri Pulau Pinang kian meruncing, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui EXCO Kesihatan bagi memberi kesedaran tentang bahayanya penyakit tersebut. (b) Bagi mewujudkan masyarakat cergas dan sihat khususnya penduduk Negeri Pulau Pinang, apakah Kerajaan Negeri melalui EXCO Kesihatan merancang untuk mewujudkan Trek Seribu Langkah di setiap KADUN dalam negeri Pulau Pinang? Jika ada nyatakan di mana dan jika tiada bilakah rancangan ini akan dilaksanakan?
Dun Permatang Pasir
Exco YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN
Perkara Kesihatan

Jawapan

(a) Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap obesiti adalah seperti berikut:



     (i)    Pengenalan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan 2016-2025 serta Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Penyakit Tidak Berjangkit 2010 -2014 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;



     (ii)   Intervensi pencegahan obesiti pelbagai peringkat melalui program promosi dan pendidikan makan secara sihat;



     (iii)  Penyebaran mesej gaya hidup sihat melalui kempen-kempen yang dijalankan di peringkat komuniti seperti Kem I Want Sihat, Sambutan Hari Kesihatan, Sambutan Bulan Pemakanan dan Forum Obesiti;



     (iv)  Kempen kesedaran kalori dilaksanakan dengan mewajibkan pelabelan kalori di kantin sekolah, premis makanan yang mendapat pengiktirafan BeSS (premis makanan bersih, selamat 



            dan sihat), kafetaria di fasiliti kesihatan, dan acara-acara rasmi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada tahun 2016, pelabelan kalori ini akan diperluaskan di premis



            makanan di R&R dan medan selera pasar raya. Perancangan masa hadapan, inisiatif ini akan disasarkan kepada restoran-restoran dan kedai makan di negeri Pulau Pinang serta



            acara-acara rasmi negeri; dan



      (v)  Rawatan pemulihan masalah obesiti turut dijalankan kepada individu yang telah disaringkan masalah obesiti melalui rujukan kepada klinik kesihatan dan diberi intervensi melalui



            Program Pengurusan Berat Badan (PBB). Selain di peringkat klinik, intervensi Program Pengurusan Berat Badan juga dijalankan di peringkat komuniti dan tempat kerja.



(b) Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menyediakan trek 10,000 langkah di setiap KADUN. Walau bagaimanapun aktiviti tersebut sebenarnya boleh dilaksanakan secara rutin menggunakan fasiliti yang sedia ada. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia setiap individu disarankan untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi boleh membantu untuk mengurangkan risiko penyakit Non Communicable Disease (NCD).



Berikut disenaraikan lokaliti yang mempunyai trek 10,000 langkah.


















































































































































































































































































































































BIL



DAERAH



LOKALITI



1.



BARAT DAYA



Kg Pulau Betong



2.



Kg Genting



3



Kg Pondok Upeh



4



Kg Simpang Ampat



5



Kg Nelayan Teluk Kumbar



6



Kg Sulup



7



Kg Perlis



8



Kg Jalan Bharu



9



Kg Padang Kemunting



10



Kg Teluk Bahang



11



Kg Teluk Awak



12



Kg Sg Pinang



13



Kg Sg Rusa



14



Kg Sg Burong



15



Kg Permatang Pasir



16



Kg Paya Kongsi



17



Kg Bandar Perda, Teluk Kumbar



18



Kg Pasir Belanda



19



Kg Masjid



20



Kg Sg Batu Kelab



21



Kg Paya Kongsi



22



Kg Kongsi



23



Kg Terang



24



Kg Paya



25



Kg Binjai



26



Kg Sg Batu Pantai



27



Kg Gertak Sanggul



28



Kg Matahari Naik



29



TIMUR LAUT



Kg Mutiara



30



Kg Melayu



31



Kg Sungai Gelugor



32



SEBERANG PERAI UTARA



Kg Permatang Bertam/Seri Bertam



33



Kg Padang Tembusu



34



Kg Padang Benggali



35



Kg Tok Sani



36



Kg Permatang Tok Jaya



37



Kg Setol



38



Kg Pekan Darat



39



Kg Pokok Tampang



40



Kg Permatang Sungai Dua



41



Kg Bagan Dalam



42



Kg Padang Chempedak



43



Kg Permatang Kerai



44



Kg Permatang Pak Elong



45



Kg Bagan Belat



46



Kg Air Melintas Besar



47



Kg Permatang Rawa



48



Kg Permatang Rambai



49



Kg Permatang Tinggi Bakar Bata



 



50



SEBERANG PERAI TENGAH



Kg Masjid Timah



51



Kg Paya



52



Kg Tanah Liat Mukim 8



53



Kg Tanah Liat Mukim 9



54



Kg Permatang Batu



55



Kg Bukit Jelutong



56



Kg Pengkalan Tambang



57



Kg Padang Temusu



58



Kg Mengkuang Titi



59



Kg Machang Bubuk



60



Kg Baru Alma



61



Kg Cherok Tok Kun



62



Kg Manggis , Kuala Tasek



63



Kg Sg Semilang



64



Kg Siam Kebun Sireh



65



Kg Jawa



66



Kg Kuala Juru



67



Kg Sekolah Juru



68



Kg Pelet Mk 3



69



Kg Guar Perahu



70



Kg Besar



71



Kg Pmtg Nibong



72



Kg Tok Suboh



73



Kg Bukit Minyak



74



Kg Kijang Alma



75



Kg Jalan Pengkalan



76



Kg. Tok Panjang



77



 



Kg. Bkt Kechil Juru



78



SEBERANG PERAI SELATAN



Sg Chenaam



79



Sg Acheh



80



Sg Bakau




 



 


Kembali