MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Masalah sistem peparitan di pekan Permatang Pauh yang sudah terlalu lama tidak dinaik taraf mengakibatkan parit tersumbat dan aliran air tersekat-sekat, mohon penjelasan serta langkah-langkah mengatasinya.
Dun Permatang Pasir
Exco YAB CHOW KON YEOW
Perkara Pengairan

Jawapan

Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan telah dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Bagi menangani masalah parit konkrit tersumbat dan aliran air tersekat, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengambil tindakan dengan membuat pembersihan parit secara berkala melalui pembersihan sampah terapung seminggu sekali dan enapan sebulan sekali.



Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) pula akan melaksanakan sebahagian daripada kerja penyenggaraan longkang di bawah seliaannya dalam tahun 2016 dengan menyelaraskan semula aras longkang di sekitar kawasan tersebut.



Dalam masa yang sama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga sedang melaksanakan kajian Pelan Induk Tebatan Banjir dan Saliran Mesra Alam Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang merangkumi kawasan tersebut.


Kembali