Soalan | Kes kecurian di taman perumahan dan kawasan kampung yang melibatkan golongan remaja dan dewasa. (a) Apakah punca dan sebab berlaku kes tersebut. (b) Berapakah kes yang berlaku di kawasan Seberang Perai Tengah (SPT) dan khususnya di DUN Permatang Pasir dan nyatakan pecahan mengikut umur dan kaum. (c) Berapa kes dan jumlah yang telah dihadapkan ke mahkamah seluruh Pulau Pinang. |
Dun | Permatang Pasir |
Exco | YB. DATO' HAJI MOHD. RASHID BIN HASNON |
Perkara | Keselamatan |
a) Punca dan sebab berlaku kes kecurian di taman perumahan dan kawasan kampung adalah :-
i) Peningkatan kos sara hidup yang tinggi menjadi beban kepada penduduk. Kepesatan perbandaran membawa pelbagai perubahan dan kemajuan ke atas negara, seperti peningkatan taraf hidup penduduk kesan daripada perubahan ekonomi yang pesat.
ii) Penghijrahan penduduk akan meningkatkan jumlah penduduk di bandar, situasi ini akan menyebabkan kesesakan serta persaingan kemudahan asas bandar. Kebanyakkan yang berhijrah adalah golongan miskin dan menganggur. Desakan hidup serta ketidakmampuan memenuhi matlamat keperluan hidup menyebabkan golongan ini terlibat dengan jenayah.
iii) Sikap masyarakat yang individualistik akan mengakibatkan hubungan keluarga dan kejiranan yang renggang di kalangan penduduk dan sikap penduduk yang tinggal di kawasan perumahan . Jika dibandingkan kadar jenayah di kampung adalah rendah berbanding bandar kerana sikap perpaduan dan saling bantu membantu masih wujud di kampung tetapi berlainan dengan bandar terutama kawasan elit.
iv) Pengaruh dadah menyebabkan pengambilan dadah mempengaruhi penjenayah dan kebanyakan dadah popular sekarang adalah jenis sintetik yang cara pembuatan menggunakan bahan kimia yang tidak berkualiti. Rangsangan dadah ini menyebabkan pengguna hilang kawalan dan menjadi lebih berani. Bagi penagih yang tegar mereka akan sentiasa memerlukan dadah dan untuk mendapatkan bekalan yang berterusan, bagi penagih yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan datang dari keluarga yang miskin, penagih ini rela melakukan jenayah asalkan giannya dapat dilepaskan.
v) Kurangnya didikan agama dan pendidikan moral yang sepatutnya ditekankan sejak dari kecil akan membentuk akhlak dan keperibadian yang mulia di kalangan remaja. Untuk itu, ibu bapa patut jadi contoh pada anak- anak bagi membentuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.
vi) Kurang kesedaran masyarakat dalam pencegahan jenayah. Menurut kajian, kebanyakkan kes jenayah yang melibatkan jenayah harta benda dilakukan oleh penjenayah kerana adanya peluang. Masyarakat yang mencipta sendiri peluang ini dengan tidak mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya terhadap harta benda mereka sendiri.
vii) Faktor persekitaran juga menjadi sebab kepada berlakunya jenayah. Kurangnya pencahayaan lampu di kawasan perumahan, taman dan jalan serta lorong yang sempit dan keadaan pinggir rumah yang bersemak memudahkan penjenayah melakukan jenayah.
b) Kes-kes yang berlaku di kawasan Permatang Pasir mengikut pecahan umur dan kaum bagi tempoh Januari-Mac 2015 / 2016 adalah seperti berikut:
KATEGORI KES | JAN – MAC 2015 | JAN - MAC 2016 | ||||||
KES | TANGKAP | KAUM | UMUR | KES | TANGKAP | KAUM | UMUR | |
JENAYAH KEKERASAN | ||||||||
MENCEDERAKAN | 1 | 1 | MELAYU | 22 | ||||
JUMLAH KEKERASAN | 1 | 1 | ||||||
JENAYAH HARTA BENDA | ||||||||
CURI | 1 | |||||||
PECAH RUMAH | 1 | 1 | MELAYU | 27 | 1 | |||
JUMALH HARTA BENDA | 1 | 1 | 2 | 0 | ||||
JUMLAH BESAR | 1 | 1 | 3 | 1 |
Berdasarkan jadual di atas ,bagi tempoh Januari - Mac 2015, terdapat satu tangkapan untuk kes jenayah harta benda melibatkan seorang melayu berumur 27 tahun yang ditangkap kerana pecah rumah. Bagi tempoh Januari-Mac 2016 untuk kes jenayah kekerasan, terdapat satu tangkapan melibatkan seorang melayu berumur 22 tahun kerana mencederakan mangsa. Selain itu terdapat juga satu kes curi dan satu kes pecah rumah berlaku dalam tempoh yang sama.
(c)Jumlah kes kecurian bagi Jan – Mac 2016 yang telah dihadapkan ke mahkamah melibatkan KADUN Permatang Pasir adalah sebanyak 187 kes.