Soalan | Apakah tindakan yang diambil terhadap lori-lori yang membawa muatan melebihi had yang sepatutnya terutama lori-lori yang membawa batu-bata, pasir, tanah merah dan simen? (a) Apakah peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menandatangani masalah seperti ini? |
Dun | Jawi |
Exco | YAB CHOW KON YEOW |
Perkara | Keselamatan |
Peranan yang dimainkan oleh SPAD, JPJ, dan PDRM dalam menangani masalah lori-lori yang membawa muatan melebihi had yang sepatutnya terutama lori-lori yang membawa batu-bata, pasir, tanah merah dan simen adalah seperti berikut:
SPAD
Pada tahun 2015 hingga Mac 2016, sebanyak 154 operasi telah dilaksanakan terhadap Perkhidmatan Kenderaan Barangan di Pulau Pinang. Hasil dari operasi tersebut, sebanyak 334 kes telah direkodkan seperti berikut:
Bil | Kesalahan | 2015 | Mac 2016 | Jumlah |
1 | Membawa muatan melebihi had yang dibenarkan | 2 | 13 | 15 |
2 | Tidak mengambil langkah-langkah keselamatan(Barangan tidak diselenggara dengan baik/ubahsuai kenderaan) | 182 | 49 | 231 |
3 | Gagal kemukakan permit/dokumen semasa diperiksa | 53 | 9 | 62 |
4 | Membawa barangan yang tidak dibenarkan dalam syarat permit | 13 | 4 | 17 |
5 | Lain-lain: stiker aduan SPAD dan meletak kenderaan ditempat yang tidak dibenarkan. | 7 | 2 | 9 |
| Jumlah | 257 | 77 | 334 |
Operasi yang dijalankan adalah secara bersendiri dan bersepadu dengan lain-lain agensi penguatkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta agensi penguatkuasaan yang lain. Aktiviti penguatkuasaan ke atas Kenderaan Barangan adalah mengikut peruntukkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
JPJ
Penguatkuasaan ke atas kesalahan membawa muatan lebih dijalankan setiap hari sepanjang tahun. Bagi kesalahan ini, tindakan saman boleh diambil di bawah kaedah 89 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 dan dihukum di bawah seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Denda tidak melebihi dua ribu atau penjara tidak melebihi enam bulan. Tindakan juga boleh diambil di bawah Kaedah 92, iaitu bagi kesalahan membawa muatan secara berbahaya. Bagi tiga bulan pertama tahun 2016 iaitu dari Januari sehingga Mac sebanyak 3,235 buah kenderaan telah diambil tindakan atas kesalahan lebih muatan dan sebanyak 181 buah kenderaan telah diambil tindakan atas kesalahan membawa muatan secara bahaya.
PDRM
Pihak PDRM telah menjalankan operasi terhadap kenderaan perdagangan termasuklah lori-lori yang bawa batu-bata, pasir, tanah merah dan simen. Setiap kali lori-lori tersebut ditahan, pihak PDRM akan membawa lori-lori ke Stesen Timbang JPJ Valdor dan Penaga untuk ditimbang bagi memastikan muatan lori-lori tidak melebihi had yang ditetapkan. Jika melebihi had yang ditetapkan, pihak PDRM akan menyerahkan kepada pihak JPJ untuk tindakan selanjutnya. Berikut adalah statistik operasi yang telah dijalankan oleh PDRM Pulau Pinang mulai tahun 2011 hingga 2015:
BIL | TAHUN | JENIS OPERASI | SAMAN DIKELUARKAN |
| |
OP TIMBANG BERAT | OP KENDERAAN PERDAGANGAN | ||||
1 | 2011 | 44 | 1,899 | 7,802 | |
2 | 2012 | 0 | 1,210 | 5,717 | |
3 | 2013 | 0 | 322 | 1,648 | |
4 | 2014 | 0 | 297 | 1,140 | |
5 | 2015 | 26 | 779 | 4,692 |
Peranan yang dimainkan oleh SPAD,JPJ dan PDRM dalam menandatangani masalah ini adalah seperti berikut:
SPAD
Menguatkuasakan syarat Lesen yang telah digariskan kepada Pengusaha Pengangkutan Barangan. Penguatkuasaan secara bersepadu di antara agensi-agensi penguatkuasaan akan dipertingkatkan supaya aktiviti penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang sentiasa meningkatkan operasi lebih muatan ke atas kenderaan-kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan daripada had yang dibenarkan. Ops secara bersepadu antara agensi penguatkuasaan terutama PDRM dan SPAD kerap kali diadakan dan mengambil tindakan ke atas kenderaan-kenderaan yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang. Dalam tempoh tiga bulan pertama Januari hingga Mac tahun 2016 sebanyak 17 kali operasi bersepadu telah dijalankan.
PDRM
PDRM berperanan mengadakan roadblock bagi mengesan lori-lori yang membawa muatan yang berlebihan dan mengenakan tindakan terhadap mereka.