MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Berapakah jumlah kompaun yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pemilik lori-lori yang membawa muatan melebihi had yang sepatutnya dari tahun 2011 hingga 2015? (a) Berapakah kadar kompaun yang dikeluarkan oleh SPAD, JPJ dan PDRM terhadap pemilik lori tersebut? (b) Berapa kompaun yang telah dan belum dibayar?
Dun Jawi
Exco YAB CHOW KON YEOW
Perkara Kompaun

Jawapan

Kompaun yang telah dikeluarkan oleh SPAD, JPJ dan PDRM kepada pemilik lori-lori yang membawa muatan melebihi had yang sepatutnya setiap tahun dari 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut:



Polis Di Raja Malaysia (PDRM)



Pihak PDRM akan menyerahkan semua kes berkaitan lori-lori yang membawa muatan melebihi had kepada pihak JPJ untuk tindakan selanjutnya.



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

















































KESALAHAN



 



TAHUN



LEBIH MUATAN



MUATAN BAHAYA



JUMLAH



2011



187,884.00



1,500.00



189,384.00



2012



15,156.00



6,300.00



21,456.00



2013



3,914.00



68,400.00



72,314.00



2014



5,542.00



293,700.00



299,242.00



2015



7,474.00



1,295,100.00



1,302,574.00



JUMLAH



219,970.00



1,665,000.00



1,884,970.00




Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD)



Kes-kes SPAD yang telah di keluarkan tawaran kompaun untuk kesalahan membawa muatan melebihi had yang dibenarkan adalah sebanyak 22 kes sementara untuk kesalahan membawa muatan secara bahaya adalah sebanyak 71 kes.



 



a) Kadar kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan SPAD terhadap pemilik lori tersebut adalah seperti berikut:



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)



KADAR KOMPAUN



LEBIH MUATAN KURANG DARI  35% (KENDERAAN BDM KURANG DARI 5000KG) =RM200



LEBIH MUATAN MELEBIHI 35% (KENDERAAN BDM KURANG DARI 5000KG) =RM300



LEBIH MUATAN MELEBIHI 35% (KENDERAAN BDM KURANG DARI 5001KG) =RM300



LEBIH MUATAN MELEBIHI DARI 35% (KENDERAAN BDM KURANG DARI 5001KG) =MAHKAMAH



MUATAN BAHAYA/JATUH/TIDAK TUTUP= RM300



Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD)



Kadar kompaun yang dikenakan adalah tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimumnya bagi kesalahan itu (Rujuk Seksyen 235 Akta PAD 2010). Untuk makluman, kesalahan membawa barangan melebihi berat dari yang telah ditetapkan adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 57 (1) (b) (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Manakala membawa barangan secara bahaya adalah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 58(1)(b) Akta PAD 2010. Seseorang pengendali berlesen yang telah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada RM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 500,000.00 atau boleh dipenjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. Oleh itu jumlah kompaun jika disabitkan boleh dikenakan diantara RM 500.00 hingga RM 250.000.00.



b) Kompaun yang telah dan belum dibayar adalah seperti berikut:



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)



Semua kompaun telah dibayar bagi tahun 2011- 2014. Bagi tahun 2015, terdapat 20% pesalah yang belum membayar kompaun mereka yang dijangka akan diselesaikan pada  tahun 2016.



Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD)



Jumlah kompaun yang telah dijelaskan adalah seperti berikut:































Bil



Kesalahan



Bayar



Belum Bayar



1.



Membawa Lebih Muatan



21 Kes



(RM 49,750.00)



1 Kes



(RM 15,000.00)



2.



Membawa Muatan Secara Bahaya



67 Kes



(RM 33,750.00)



4 Kes



(RM 2,000.00)



 



Jumlah



 



88 Kes



(RM 83,500.00)



5 Kes



(RM 17,000.00)






 



 


Kembali